in

Pulau Peranginan Utama Dijangka Bakal Dibuka September Ini

ADVERTISEMENT

Berita baik yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan pulau peranginan utama negara seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian  boleh mencapai imuniti kelompok hujung bulan ini dan dibuka semula awal bulan depan.

ADVERTISEMENT

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan hari ini, bagaimanapun berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang akan ditentukan.

“Cadangan pembukaan semula sektor pelancongan hendaklah dilaksana dengan teliti dan berhati-hati bagi mengelak berlakunya penularan pandemik COVID-19 dan menyebabkan penutupan semula dibuat. Pada masa sama, MOTAC sedang mengemas kini dan menyiapkan SOP berkaitan sektor pelancongan,” jelasnya.

Baca juga: Elak Kongsi Sijil Digital, Nombor Batch Vaksin Di Media Sosial

Baca juga: Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi

pulau peranginan dibuka

Menurut Nancy, beliau hari ini mengadakan sesi libat urus secara maya dengan 15 wakil persatuan dalam kalangan penggiat industri pelancongan supaya golongan berkenaan bersiap sedia ke arah pembukaan sektor pelancongan terutama melibatkan pulau-pulau peranginan utama negara dalam masa terdekat.

Sesi itu juga bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri agar persediaan rapi dapat dilakukan sebelum pembukaan sektor pelancongan dilaksanakan, katanya.

Beliau berkata sesi libat urus itu selaras dengan pengumuman khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengenai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap dengan membenarkan aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan hotel dan inap desa.

Nancy berharap semua pihak yang terlibat dapat bergerak dalam satu arah bagi memastikan setiap perancangan serta strategi direncanakan berjalan lancar.

Antara persatuan terlibat dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia serta Persatuan Spa Malaysia.

Sumber: Bernama

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Mulai Fasa 2 PPN

Diskaun saman jpj

Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021