Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok! (11 Oktober 2021)

AKTIVITI RENTAS NEGERI DIBENARKAN BERKUATKUASA 11 OKTOBER 2021

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sidang media khas pada pukul 3 petang ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Intipati berhubung sidang media tersebut dijangka Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman berhubung kebenaran merentas negeri.

Dimaklumkan bahawa rentas negeri kini dibenarkan dengan 90% kadar vaksinasi dewasa telah dicapai, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Selari dengan ini, aktiviti pelancongan juga diberikan bagi semua rakyat Malaysia yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin.

Rakyat Malaysia walaubagaimanapun diingatkan agar terus mematuhi SOP dan sekatan jalan raya akan diadakan dari semasa ke semasa.

Mereka yang ingkar SOP juga boleh dikompaun, tertakluk kepada akta sebelum ini.

Kawasan yang diisytiharkan PKPD juga tidak tertakluk kepada kebenaran rentas negeri ini.

rentas negeri dibenarkan

Baca juga: Cara Beli Rumah Guna Duit KWSP, Tak Perlu Tunggu Umur 50 Tahun!

Pemansuhan MyTravelPass

Selain itu, pihak kerajaan juga memansuhkan pengunaan MyTravelPass untuk rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara.

Ini bermakna, semua rakyat Malaysia kini boleh ke luar negara, termasuk untuk aktiviti pelancongan.

Tarikh berkuatkuasa ini juga adalah esok, 11 Oktober 2021.

Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada rakyat Malaysia yang telah lengkap mendapat 2 dos vaksin.

Ujian RTK Tidak Diwajibkan, Tetapi Amat Digalakkan

Dalam sidang media itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa ujian RTK tidak diwajibkan, namun ia amat digalakkan sebagai tanggungjawab untuk melindungi keluarga daripada dijangkiti memandangkan ujian tersebut memberi 98% ketepatan.

Sila rujuk SOP terkini di laman web PPN atau MKN untuk memudahkan urusan perjalanan anda :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: