Melaka Tawar 50% Diskaun Kepada Pelancong Jika PKPB Selepas 4 Februari
50% diskaun bakal ditawarkan kepada penduduk negeri Melaka jika tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari nanti. Itulah promosi yang akan dibuat kepada 664 produk di negeri Melaka jika PKP disambung kepada disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Langkah promosi ini diputuskan selepas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang memberi jaminan PKP akan tamat 4 Februari ini dan tidak akan disambung bagi mengelak kesan buruk terhadap sektor ekonomi di negara ini.
Tawaran yang dibuat itu bertetapan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan rentas negeri walaupun di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam masa yang sama untuk menyelamatkan sektor pelancongan di negeri Melaka.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saari Basiron berharap penduduk Melaka sendiri dapat membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan di sini. Mereka boleh mengunjungi 664 produk pelancongan yang sedia ada.
Potongan 50% terbabit juga akan diberikan bagi 18 lokasi pelancongan utama untuk dilawati antaranya seperti sembilan muzium, Melaka River Cruise, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park serta Zoo Melaka.
Tambah beliau lagi, sebanyak 55 hotel dari lima hingga tiga bintang juga akan menawarkan potongan 50 peratus kepada penduduk di negeri ini untuk membawa keluarga menginap.
Selain itu, lokasi pelancongan lain yang bakal menawarkan potongan sebanyak 50 peratus adalah Bukit Batu Lebah Ecopark, Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Monorail, Air Panas Jasin, Taman Tema Air Bayou Lagoon dan Taman Tema Air Asahan.
Menurut beliau lagi, lima produk pelancongan yang mendapat kunjungan telah membuktikan kempen yang dijalankan untuk mengalakkan penduduk melancong di negeri sendiri membuahkan hasil serta dapat meringankan beban pemain industri.
Katanya, sembilan muzium dan dua galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mencatat kunjungan paling ramai dalam kalangan penduduk di negeri ini dengan 22,117 pengunjung dikuti Zoo Melaka (9,612), MIBC (6,298), Melaka River Cruise (1,898) dan Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (1,199).