in

Industri Penerbangan Dijangka Kembali Normal Pada Tahun 2022 – Tony Fernandes

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR: Industri penerbangan dijangka kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

ADVERTISEMENT

Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.

“Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau semasa webinar mengenai “Communication Organisational Change Across Culture” hari ini.

Webinar ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

*Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Tauhu Berlauk Goreng Dan Sambal Kicap. Pasti Terliur Dibuatnya!

IC Hilang 2019, Tahun Ini Baru Dapat Tahu Identiti Digunakan Scammer