in

Zoo Negara Akan Dibuka Bermula 5 Mac Dengan Diskaun Tiket 20%

zoo negara 5 mac
ADVERTISEMENT

HARGA TIKET ZOO NEGARA DISKAUN 20% SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA SELEPAS PKP

Dah ramai yang rindu nak Zoo Negara selepas ia ditutup semasa PKP lalu kan?

Jangan risau, Zoo Negara akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Jumaat ini, 5 Mac 2021.

Lagi menarik, ia menawarkan 20% diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung.

SOP Ketat Bermula 9 Pagi – 5 Petang

Timbalan Presidennya, Rosly Ahmad Lana berkata, pembukaan Zoo Negara mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan dengan hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang dengan penjarakan fizikal lima meter.

Katanya, pematuhan SOP ketat turut dikenakan dengan mengehadkan 70 hingga 90 orang sehari manakala ikan yang ditangkap melebihi 10 kilogram akan diserah kembali kepada pihak zoo.

zoo negara dibuka 5 mac

“Kami bersyukur dan berterima kasih walaupun dalam tempoh PKPB (sebelum ini), kunjungan begitu menggalakkan. Kami sebenarnya bimbang kerana sekiranya Zoo Negara masih belum dibuka, pihak kami akan mengalami masalah,” katanya pada sidang media menerusi laporan Astro Awani.

Rosly berkata, sepanjang PKP pihaknya menerima sumbangan lebih RM11 juta daripada badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan sukarelawan serta individu, sejak Januari 2020 hingga Januari 2021.

Menurut beliau, sumbangan bagi membeli bekalan makanan haiwan, perubatan serta menguruskan haiwan secara berterusan itu dijangka mampu bertahan hingga April ini.

Sementara itu, Rosly turut melepaskan 500 kilogram ikan rohu dan 400 kilogram ikan keli Afrika di Tasik Tunku Abdul Rahman yang dibuka kepada pemancing sejak 20 Februari lalu pada 9 pagi hingga 3.30 petang.

Harga Tiket Zoo Negara Terkini 2021

Waktu operasi dan harga tiket Zoo Negara adalah seperti berikut (harga normal sebelum diskaun 20%):

NOTA: Maklumat lanjut tentang pelbelian tiket sila hubungi Pegawai Perhubungan Zoo Negara Malaysia di talian +6018-2331 200 / +6018-2133 200

Baca juga: SOP Kenduri Kahwin & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPP / PKPB (5 Mac 2021)

Jom Bagi Sokongan Pada Zoo Negara!

Jadi, jom kita bagi sokongan dan kunjungi Zoo Negara bagi yang berpeluang berbuat demikian.

Bagi yang tidak boleh merentas negeri, anda juga masih boleh menikmati diskaun 20% dengan menyertai ahli kelab ZooKu untuk kanak-kanak.

Dengan yuran penyertaan RM30 sebagai ahli, anak-anak boleh melawat Zoo Negara secara percuma sepanjang tahun dan ibu ayah akan menikmati diskaun 20% serta-merta!

*Maklumat lanjut:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promosi Untuk Barang Tech Di Lazada. No.8 Paling Berbaloi!

sop nikah selangor

SOP Nikah Selangor: Kebenaran Akad Nikah Bersemuka Dari 8 Mac 2021