Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 / 2022

KUALA LUMPUR, 31 Oktober: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan membabitkan produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Beliau berkata, pakej kali ini adalah kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.

Kempen fasa pertama di Lembah Klang bermula September lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan kerajaan kerana mereka menerima potongan harga sehingga 30 peratus di lokasi yang menawarkan pekej pelancongan.

Pakej fasa pertama Kempen Cuti-cuti Malaysia khas penjawat awam dilancarkan pada September lalu oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri sehingga Mac 2021.

pakej cuti penjawat awam 2021
Pakej Cuti Penjawat Awam 2020

Baca juga: Pakej Istimewa Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam Bermula 15 Disember

Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara 2021 / 2022

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sebanyak 457 pakej dibangunkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang.

Beliau berkata, program ini mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.

Katanya, tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022.e

“Selain pakej penginapan, penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai Tawaran Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021/2022

Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh dan Taman Tamadun Islam.

Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.

Pakej cuti penjawat awam pesara 2021 2022

Baca juga: ‘Dinosaur Encounter’ Tarikan Terbaru Di Zoo Melaka Mulai 25 Disember

Cara Buat Tempahan Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Khas buat semua Pejawat Awam dan Pesara Kerajaan, anda boleh mendapatkan lebih 400 pakej yang menarik dengan harga berpatutan dari seluruh negara di www.malaysia.travel.

Tawaran sah dari sekarang sehingga Jun 2022.

Imbas QR Code atau tekan link https://qrs.ly/o4d1ni4 untuk merebut pakej-pakej percutian istimewa ini.

Penjawat awam hanya perlu menunjukkan kad pengenalan diri kerajaan atau kad pesara apabila membuat tempahan dan mengunjungi tempat-tempat pelancongan yang menyertai kempen berkenaan.

Diharapkan inisiatif ini secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan industri pelancongan di negeri terbabit selain membantu pengusaha selepas berhadapan kerugian akibat pandemik Covid-19.

*Sumber: Tourism Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: