Biskut Hup Seng Didakwa Mengandungi Karsinogen Penyebab Kanser Disiasat KKM
BISKUT HUP SENG (MALAYSIA) DIDAKWA MENGANDUNGI KARSINOGEN, BAHAN PENYEBAB KANSER?
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan mendakwa biskut itu yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.
Karsinogen ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.
BKKM dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
“Pelaksanaan PJKM dapat mengenalpasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Kata kenyataan itu, siasatan awal mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil HACCP KKM.
“Bahagian ini mengambil maklum terbitan Choice Magazine di dalam laman web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan terhadap 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong,” kata kenyataan itu.
Laporan itu turut menyenaraikan dua lagi biskut terkenal yang dikilangkan di Malaysia dalam senarai tersebut.
Baca juga : Senarai Makanan Tinggi Potassium, Pesakit Buah Pinggang Kena Elakkan
Jenis Biskut Yang Disenaraikan Mengandungi Karsinogen / Penyebab Kanser
Pemantau pengguna Hong Kong mengesan bahan penyebab kanser dalam 60 sampel biskut dan keropok dalam bungkusan yang didapati turut dijual di negara ini.
Menurut South China Morning Post, antara jenis biskut yang tersenarai adalah seperti berikut:
Seperti yang dapat dilihat, jenama biskut yang terkenal dan boleh dibeli di negara kita adalah:
- Hup Seng Special Cream Crackers
- Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
- Jacob’s Original Cream Crackers
- Oreo Mini Oreo Original
Sementara itu, 40 peratus daripada sampel biskut itu menunjukkan label pemakanan yang mengelirukan, dan menyenaraikan antara 5 jenis label yang paling mengelirukan seperti di bawah:
Persatuan Pengguna Hong Kong menekankan bahawa label adalah maklumat penting bagi pengguna, terutama mereka yang mempunyai penyakit jangka panjang seperti diabetes dan penyakit jantung.
Bagaimanapun, Persatuan itu menyatakan tiada salahnya jika mahu makan biskut-biskut ini tetapi perlulah secara terkawal, iaitu mengikut keperluan diet harian.
Artikel asal disiarkan oleh Sinar Harian & data dilampirkan oleh South China Morning Post (SCMP).
TERKINI
Hup Seng telah mengeluarkan sebuah kenyataan maklumbalas berhubung isu ini melalui media sosial pada 23 Oktober 2021.
Menurut perusahaan itu, biskut Hup Seng adalah selamat untuk dimakan dan telah menepati kualiti serta piawaian yang ditetapkan.
Berikut adalah kenyataan maklumbalas rasmi oleh Hup Seng (Malaysia) yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2021 berhubung dakwaan ini.
TERKINI, KKM juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tahap purata acrylamide bagi produk biskut di pasaran tempatan ialah 246 µg/kg, iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation, 350 µg/kg.
Rujuk : Fakta Acrylamide Dalam Biskut / Makanan & Kaitan Dengan Kanser – KKM