in

Senarai Makanan Tinggi Potassium, Pesakit Buah Pinggang Kena Elakkan

makanan tinggi potassium
ADVERTISEMENT

SENARAI MAKANAN TINGGI POTASSIUM YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT BUAH PINGGANG / PESAKIT DIABETES KRONIK

“Tadi doktor pesan Abah kena kurangkan ambil makanan tinggi potassium. Kenapa ye? Makanan apa yang tinggi potassium tu?”

Adakah doktor menasihati anda atau ahli keluarga anda agar mengurangkan pengambilan potassium?

Jika ya, tentu anda tertanya-tanya mengapa ia boleh menjejaskan kesihatan dan bagaimana mahu mengelakkan makanan pengambilannya.

Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang makanan tinggi potassium untuk makluman bersama.

Apa Itu Potassium?

Potassium adalah sejenis mineral yang diperoleh daripada makanan dan berfungsi untuk mengawal degupan jantung dan memastikan otot berfungsi dengan baik

Bagi tubuh normal, kadar Potassium harian iaitu 4700mg boleh membantu fungsi badan seperti membantu mencegah hipertensi, membantu keseimbangan cecair dalam badan, dan membantu otot berfungsi.

Namun, bagi pesakit kronik seperti diabetes dan terutamanya penyakit buah pinggang, diet rendah potassium adalah AMAT penting.

Menurut Root Of Science, hal ini kerana apabila buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi, jumlah potasium dalam badan akan menjadi tidak terkawal.

Oleh itu, pesakit perlu menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi potassium kerana ia akan membahayakan kondisi mereka.

Kesan kandungan potassium yang TINGGI di dalam darah boleh menyebabkan masalah berikut bagi pesakit buah pinggang:

  1. Melemahkan otot jantung
  2. Denyutan jantung tidak normal
  3. Menghentikan denyutan jantung.

Masalah Bacaan Potassium Tinggi

Bacaan potassium tinggi biasanya disebabkan oleh masalah buah pinggang atau penyakit diabetes yang kronik, namun ia juga boleh berpunca daripada masalah lain.

Menurut Dr Nur Syuhada Zulkifli menerusi DoctorOnCall, masalah bacaan potassium tinggi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.

Antaranya:

  • Kegagalan buah pinggang
  • Beberapa jenis ubat-ubatan darah tinggi, dan ubat kemoterapi
  • Dehidrasi
  • Penyakit seperti kencing manis jenis 1, Addison serta pendarahan organ dalaman
  • Trauma
  • Penggunaan alkohol atau dadah rekreasi
  • Penggunaan ubat tambahan
makanan tinggi potassium
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca juga: Bacaan Gula Normal Dalam Darah: Cara Guna Glukometer & Jadual

Senarai Makanan Tinggi Potassium

Pengambilan potassium dalam kalangan pesakit buah pinggang dan diabetes perlu dikawal.

Sebenarnya, kebanyakan makanan mengandungi potassium, terutamanya buah-buahan dan sayuran.

Buat pesakit buah pinggang, pilihlah makanan rendah potassium iaitu kurang daripada 100mg/hidangan makanan.

Antara makanan tinggi potassium yang perlu dielakkan termasuklah:

  1. Kurma
  2. Kentang
  3. Avokado
  4. Tomato
  5. Ciku
  6. Pisang
  7. Cempedak
  8. Durian
  9. Langsat
  10. Air Kelapa
  11. Petai
  12. Sawi
  13. Kailan
  14. Bayam
  15. Prune
  16. Kismis
  17. Yoghurt

Senarai Makanan Rendah Potassium

  1. Kobis
  2. Kacang Bendi
  3. Kangkung
  4. terung
  5. Tembikai
  6. Limau
  7. Jambu air
  8. Putih Telur
  9. Epal
  10. Pasta
  11. Nasi
  12. Brokoli
  13. Kobis Bunga
  14. Roti
  15. Nanas

Tips kurangkan pengambilan potassium:

  • Buang kulit buah sebelum makan
  • Elakkan mengambil air akar Kayu/ jamu/ herba

Contoh diet yang sesuai untuk pesakit buah pinggang:

Makanan Untuk DipilihMakanan Untuk Dihadkan
Nasi putih kukusNasi goreng, Nasi minyak, Nasi beriani
Mi sup, Kuey teow sup, Mihun sup
*Dengan pengambilan kuah sup yang minima
Mi goreng, Kuey teow goreng, Mihun goreng, Mi kari
Capati, Idli, Tosai
*Dengan kuah berasingan/ pengambilan kuah yang             minima
Roti canai, Naan bermentega, Murtabak
Roti, Ban biasa, Roll (tanpa garam)Roti, Ban, Roll berinti/ berkrim
Krim-kraker biasa, Biskut (tanpa garam)Biskut mentega, Biskut coklat, Biskut berkrim
Ikan, Ayam, Daging tanpa lemak ( cara masakan bakar/ panggang/ kukus)Ikan masin, Daging diproses/ diawet, Ikan/ Ayam yang dimasak sekali bersama kuah yang berkrim atau sos yang masin
Buah-buahan segar, Fruit platterRojak buah dengan kuah, Pasembur
Agar-agar biasa, Pastri, Pencuci mulut berasaskan buah-buahan segar, kek biasa, kuih (apam kukus)Puding, Pencuci mulut dan Pastri yang mengandungi kacang, kelapa, susu, coklat dan karamel
Teh cina, kopi, air kosong & minuman tidak bergasSusu kocak,(smoothies), teh tarik, minuman bergas
Sumber: MyHealth KKM

Baca juga: Gula Stevia Untuk Diet & Kencing Manis, Bagus Ke? 7 Perkara Kena Fahamkan

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pekerja Restoran Dikurung, Dibayar Gaji Hanya RM10 Sehari

Penarikan Balik Produk Russell Taylors (Air Fryer, Pressure Cooker, Oven, dll)