in

Buat Ujian Antibodi Jika Syak Terima Suntikan Vaksin Kosong

2 dos vaksin rentas negeri
ADVERTISEMENT

UJIAN ANTIBODI PENEUTRALAN

SHAH ALAM, 24 JULAI: Penerima vaksin diminta membuat ujian antibodi peneutralan Covid-19 sekiranya mengesyaki menerima suntikan kosong supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

ADVERTISEMENT

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ujian itu boleh dilakukan di makmal perubatan berlesen selepas 30 hari menerima suntikan dos kedua.

“Polis masih menerima banyak pertanyaan dan aduan berkenaan perasaan gelisah oleh penerima-penerima vaksin Covid-19.

“Bagi penerima-penerima yang merasa telah diperdayakan tidak disuntik dengan vaksin, mereka boleh membuat ujian untuk mengesahkan keberadaan antibodi di dalam badan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan sekiranya berlaku penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran serta secara dalam talian yang tidak mengikut Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Nota: Kami mendapati ujian peneutralan ini juga boleh dilakukan di beberapa klinik swasta dengan kos sekitar RM100.

JKJAV Maklumkan Tatacara Vaksin Terkini

JKJAV turut memaklumkan bahawa penerima suntikan vaksin mengambil langkah proaktif untuk:

  1. Memastikan jarum suntikan diisi vaksin dengan kuantiti yang tepat mengikut jenis vaksin
  2. Memandang ke arah lengan yang disuntik untuk memastikan kesemua kuantiti vaksin disuntik.
  3. Rakaman video atau gambar adalah dibenarkan.
  4. Pastikan jarum suntikan kosong sebelum mengimbas kod untuk melengkapkan vaksinasi.

Beliau bagaimanapun berkata sehingga kini polis belum mengesan sindiket atau individu yang disyaki menjual serta memasarkan vaksin kepada orang ramai secara rahsia.

Semalam, Abd Jalil memaklumkan pihaknya menerima 13 laporan polis berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa pusat pemberian vaksin di seluruh negara.

Sumber: SelangorKini / PDRM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara buat whatsapp room

Cara Buat Whatsapp Room (Video Meeting Ala Google Meet / Zoom)

Resepi Singgang Daging. Ini Rahsia Kesedapan Singgang!