Feeling Bali! 5 Villa Di Malaysia Yang Anda Mesti Pergi Lepas PKP

5 VILLA ALA BALI DI MALAYSIA

Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku setelah sekian lama pasti menjadikan anda tidak sabar untuk merancang percutian.

Lebih-lebih lagi kerajaan telahpun mengumumkan bahawa sektor pelancongan bakal dibuka secara berperingkat bermula September ini bagi mereka yang sudah lengkap mengambil 2 dos vaksin.

Wah, rasa-rasanya anda dah boleh merancang destinasi percutian mana yang anda akan kunjungi kelak! Namun sempadan negara masih belum dibuka jadi sebaiknya rancanglah percutian di dalam negara sahaja.

Jangan risau, ada sahaja tempat di Malaysia yang menyediakan kawasan seakan-akan pulau terkenal di Bali.

Kami senaraikan 5 villa di Malaysia yang menyediakan elemen seperti di Bali yang anda boleh kunjungi kelak. Boleh lah mengubat kerinduan anda melancong ke Bali!

5 Villa Ala Bali Di Malaysia

1. Hotel Ipoh Bali, Ipoh

Siapa sangka, berada di kawasan Ipoh pun kita boleh feeling seperti di Bali tau.

Hotel ini betul-betul berlokasi di tengah Bandaraya Ipoh. Apa yang menarik tentang hotel ini adalah, hiasan dalamannya bercirikan kayu dan tradisional, sama seperti kebanyakkan tempat penginapan di Bali.

Baca juga: Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi

Ipoh Bali Hotel in Ipoh, Malaysia from 65$, photos, reviews - zenhotels.com
Kredit foto: Zenhotels

Selain itu, hotel ini juga turut menyediakan konsep taman di dalam setiap halaman bilik. Hotel ini juga merupakan sebuah banglo besar yang mempunyai 14 buah bilik untuk para pengunjung.

villa ala bali di malaysia
Kredit foto: Agoda

Hiasan dalaman yang boleh memberi feel romantik juga sangat bersesuaian untuk pasangan yang ingin berbulan madu atau menganjurkan majlis perkahwinan.

2. Sekeping Tenggiri, Bangsar

Tidak perlu jauh-jauh ke Bali untuk dapatkan vibe seperti di sana. Tempat penginapan di Kuala Lumpur pun ada menyediakan villa yang mempunyai sentuhan sama seperti di Bali!

Villa Sekeping Tenggiri Bangsar ini terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Banglo yang mempunyai 7 buah bilik ini disediakan dengan hiasan berkonsepkan moden kotemporari.

villa ala bali di malaysia
Kredit foto: Uniq hotel

Hiasan yang agak minimal dan santai semestinya menjadi tempat kegemaran anda untuk bersantai dan bercuti bersama orang tersayang.

villa ala bali di malaysia

Selain itu, villa ini turut mempunyai banyak tempat menarik untuk anda ber OOTD! Villa yang berkedudukan strategik di tengah kota ini pasti memudahkan anda untuk keluar dan mencari makanan lain.

  • Harga: Bermula RM275 untuk satu malam
  • Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Laman web: https://www.sekeping.com/tenggiri/

3. Malihom, Pulau Pinang

Anda hendak mencari kelainan ketika berada di Pulau Pinang? Jom cuba ke Malihom Retreat ini!

Terletak di Balik Pulau, Malihom Retreat ini juga turut menawarkan percutian ala Bali yang menenangkan di tempat mereka. Kawasan Malihom ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan chill vibe.

villa ala bali di malaysia
Kredit foto: onlypenang.com

Tidak hanya dapat merasai vibe di Bali, anda juga boleh berjalan-jalan ke Georgetown untuk menikmati keindahan Pulau Pinang.

villa ala bali di malaysia
Kredit foto: Kayak

Bayangkan boleh dapat menikmati suasana di Bali dalam pada masa yang sama boleh menikmati makanan yang enak seperti Nasi Kandar. Perfect!

4. Limastiga, Melaka

Limastiga Melaka ini terletak di Umbai dan mengambil masa selama 15 minit sahaja untuk sampai ke Bandar Hilir.

villa ala bali di malaysia

Kawasan yang bercirikan tradisional dan nature ini sangat sesuai bagi anda yang ingin bercuti dalam kedaan yang tenang dan tenteram. Limastiga menyediakan sebuah villa dan tempat ini sesuai untuk anda yang ingin mengajurkan reunion atau majlis keramaian.

Kawasan villa ini mampu mengembalikan ingatan anda ketika anda berada di Canggu, Bali!

hotel ala bali di malaysia

Tetapi dalam pada bercuti tu jangan lupa patuhi SOP yang telah ditetapkan untuk membendung penularan wabak Covid-19. Kalau boleh jangan bercuti ramai-ramai ye dalam satu masa.

  • Harga: Bermula RM2400 untuk satu villa yang boleh memuatkan 14 hingga 20 orang
  • Alamat: Jalan Paya Dalam / Umbai, Kampung Bukit Tembakau, 75460, Melaka
  • Laman web: http://www.limastiga.com/

5. Japamala Resort, Pulau Tioman

Bali sangat sinonim dengan keindahan pantainya. Bagi anda yang benar-benar ingin merasai suasana ini, anda boleh cuba ke Japamala Resort yang terletak di Pulau Tioman.

hotel ala bali
Kredit foto: hotelscombined

Japamala merupakan resort yang memunyai pantai persendirian yang memiliki keluasan sebesar 11 ekar di tengah hutan tropika.

hotel menarik ala bali

Kawasan seperti ini sangat bersesuaian untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama pasangan. Kawasan resort yang terletak di pulau juga sememangnya menepati citarasa anda yang benar-benar menginkan suasana seperti di Bali.

Ini antara 5 villa yang anda boleh consider untuk mendapatkan suasana seperti di Bali. Boleh lah anda mula merancang percutian anda sebelum tiba September nanti!

Baca juga: Industri Penerbangan Dijangka Kembali Normal Pada Tahun 2022 – Tony Fernandes

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: