Kes ‘Gurau’ Bakar Sofa, Ibu Luah Rasa Sedih Kematian Anak
Semalam, satu kes ‘gurauan’ oleh anak-anak remaja menjadi tular apabila ia menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum 2 orang rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
Susulan kejadian itu, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.35 petang semalam, 28 Ogos 2022.
Namun, remaja lelaki itu ditemukan maut selepas terperangkap di dalam tandas terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3.
Dalam hantaran yang dibuat di Facebook itu, Hizanawati Hj Abu Bakar berkata, Damin seorang anak yang sangat baik dan beliau amat menyayangi arwah.
Lebih mendukacitakan, ibu turut menyatakan kehilangan ini adalah kehilangan kali kedua buatnya apabila adik arwah, Muhammad Haikal Danial, telah meninggal dunia 3 tahun dahulu akibat virus kencing tikus.
Meninggal akibat kebakaran ..(boleh rujuk berita harian & harian metro – ni semua kes gurau kengkwn damin sendiri ..main bako2 kat sofa yang arwah sedang tidur).
Ibu Damin, Puan Hizanawati Hj Abu Bakar
Sama2 kita sedekah al-fatihah buat arwah . Semoga arwah di tempatkan dikalangan org yg beriman ..ibu syg damin sgt ..sebab damin sgt2 baik ..
Turut dimaklumkan bahawa jenazah Damin masih berada di Hospital Sg Buloh untuk tujuan post mortem. Urusan pengebumian dijangka pada lewat petang ini.
Berita berkaitan: Gurauan Bawa Maut, Remaja Nyalakan Api Ketika Rakan Tidur