in

Gurauan Bawa Maut, Remaja Nyalakan Api Ketika Rakan Tidur

nyalakan api
ADVERTISEMENT

KUALA SELANGOR: Remaja lelaki yang ditemukan maut selepas terperangkap di dalam tandas terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, semalam dikatakan sedang tidur di depan pintu tandas berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi dan dua rakan mangsa, mereka bertiga (termasuk mangsa) sedang melepak bermain permainan di telefon bimbit di dalam tandas itu.

ADVERTISEMENT

“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.35 petang semalam, 28 Ogos 2022.

“Seramai 19 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mayat remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam tandas yang terbiar berkenaan dalam keadaan badannya melecur,” katanya.

Beliau berkata, komander operasi mengarahkan anggota untuk memastikan tiada lagi punca yang boleh mendatangkan kebakaran semula sebelum mengeluarkan mangsa.

Sumber: Harian Metro

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terkini, ibu mangsa, turut meluahkan rasa sedih akibat kes gurauan yang menyebabkan kematian anaknya ini.

Sila rujuk : Kes ‘Gurau’ Bakar Sofa, Ibu Luah Rasa Sedih Kematian Anak

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

akta kerja 1955 2022

Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023

gurau kebakaran

Kes ‘Gurau’ Bakar Sofa, Ibu Luah Rasa Sedih Kematian Anak