Fitbit Charge 5 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia. Lebih Berkuasa!
Fitbit dengan rasminya melancarkan jam tangan pintar untuk pasaran tempatan yang dikenali sebagai Fitbit Charge 5.
Jam tangan pintar baharu ini didatangkan dengan pelbagai jejakan kesihatan dan juga sensor seperti ECG dan EDA.
Sensor EDA (electrodermal activity) ini akan mengukur tahap stress badan pengguna dan akan digabungkan dengan aplikasi Fitbit, ianya akan menunjukan tahap stress menerusi Stress Management Score.
Bagi skrin pula, ianya dilengkapi dengan skrin berukuran 1.041 inci AMOLED berwarna dan juga mempunyai Gorilla Glass 3 untuk melindungi skrin jam tangan pintar ini.
Terdapat juga sensor- sensor lain seperti GPS, pengesan nafas, mengukur degupan jantung, perubahan suhu badan, tahap oksigen dalam darah dan banyak lagi.
Kesemua pengesanan dan ukuran ini akan dipaparkan di Health Metrics dan Sleep Tools yang terdapat dalam aplikasi Fitbit.
Buat pembeli di Malaysia, Fitbit akan memberikan langganan percuma Fitbit Premium selama 6 bulan apabila membeli Fitbit Charge 5.
Fitbit Premium yang diperolehi akan menawarkan fungsi Daily Readiness dan Active Zone Minutes untuk menganalisa senaman yang dilakukan. Disamping itu juga terdapat lebih 500 senaman dari pelbagai selebriti.
Tanda harga yang diletakan buat pasaran tempatan ialah RM878 seutas dan akan mula dijual pada 4 Oktober ini.