Amazfit Melancarkan Secara Rasmi “Amazfit Powerbuds Pro”
Seperti kita ketahui, Amazfit ialah anak syarikat di bawah syarikat Huami yang menghasilkan jam tangan pintar berkualiti tinggi dengan pelbagai ciri penjejak kesihatan telah menceburkan diri ke pasaran fon telinga nirwayar atau TWS (True Wireless Stereo).
Sebelum ini, syarikat Amazfit telah melancarkan dua jenis TWS(True Wireless Stereo) iaitu Amazfit PowerBuds dan Amazfit ZenBuds.
Ianya dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk menjejaki aktiviti kecergasan seperti sensor dengupan jantung dan juga bantuan untuk tidur yang nyenyak.
Terbaharu, Amazfit melancarkan secara rasmi fon telinga versi ketiga mereka iaitu Amazfit PowerBuds Pro. Seperti terdahulu, versi kali ini juga dihadirkan dengan sensor kesihatan dan kecergasan.
Antara sensor tersebut adalah pemantauan degupan jantung, perlindungan pendengaran pintar, dan peringatan poster tulang belakang serviks.
Menarik pada kali ini, sensor peringatan poster tulang belakang serviks membantu dengan mengesan sudut kedudukan tulang belakang untuk kita memperbaiki postur badan semasa bekerja.
Amazfit PowerBuds Pro ini juga didatangkan dengan pembatalan hingar aktif(ANC), bateri yang boleh bertahan sehingga 30 jam dan juga ianya tahan debu dan air dengan penilaian IP55.
Warna yang ditawarkan pada Amazfit PowerBuds Pro ini adalah kemasan matte dan dihiasi dengan dua tona warna iaitu bahagian dalam warna kelabu dan luar warna putih. Berat fon telinga pula sekitar 6.7 gram.
Jika mengikut laman Amazfit, harga yang ditawarkan bagi Amazfit PowerBuds Pro ialah $149.99 bersamaan RM 629. Namun buat masa ini ianya belum memasuki pasaran Malaysia.