in ,

‘Custom made’ Kasut Nike Mengikut Cita Rasa Sendiri Di NikeID

ADVERTISEMENT

Adakah anda peminat kasut jenama Nike? Tetapi pernah tak kasut yang anda minati kadang kala warna yang dijual tiada stok, atau tidak dijual di Malaysia. Jadi anda terpaksa membeli secara import dari luar negara.

Tahukah anda sebenarnya anda boleh membuat ‘custom made’ kasut anda mengikut cita rasa anda sendiri. Anda boleh pilih sendiri ciri-ciri kasut seperti warna, jenis kain dan juga tag nama anda pada kasut!

Dan jika anda ingin tahu harga untuk membuat ‘custom made’ ini tidaklah semahal yang disangka. Anda hanya perlu membayar harga kasut sahaja dan harga kasut adalah bergantung kepada model.

ADVERTISEMENT

Di bawah ini kami tunjukkan cara-cara untuk buat ‘custom made’ kasut Nike anda di NikeID.

Langkah Pertama

Layari laman sesawang NikeID di sini. Kemudian anda akan di bawa ke halaman seperti di langkah kedua.

Langkah Kedua

Pilih jenis kasut yang anda inginkan. Terdapat pelbagai jenis kasut daripada kasual dan sukan. Model yang terkenal seperti Nike Airmax, Nike Air Zoom, Nike React dan Nike Airforce juga ada untuk pilihan anda.

Harga juga akan tertera pada setiap model pilihan anda. Jika anda lihat, harga yang tertera adalah harga rata-rata kasut yang dijual di kedai Nike.

Langkah Ketiga

Setelah anda pilih kasut pilihan anda, inilah masa untuk anda buat pengubahsuaian kasut tersebut mengikut cita rasa anda.

Sebagai contoh kasut yang dipilih ialah Nike Air Zoom Pegasus 38

Di sebelah kanan anda boleh lihat contoh dan inspirasi untuk anda membuat rekaan warna sendiri. Di sini juga anda perlu memilih jantina, jenis muatan (ketat, lebar atau biasa) dan juga saiz.

Akhir sekali ada butang ‘customize’ seperti di dalam kotak merah. Jika anda ingin mengubah rekaan warna daripada warna daripada contoh dan inspirasi terbabit, anda perlu menekan butang ‘customize’ ini.

Langkah Keempat

Setelah anda menekan butang ‘customize’ tadi, anda akan di bawa ke laman untuk mengubah rekaan warna mengikut cita rasa anda seperti di bawah ini.

Untuk menukar bahagian kasut anda boleh pilih ciri-ciri di sebelah kanan seperti di dalam kotak merah di bawah.

Setelah anda pilih ciri-ciri yang anda ingin ubah suai, anda boleh pilih warna mengikut cita rasa anda. Setelah selesai, anda perlu menekan bukan ‘right’ seperti di dalam kotak merah di bawah. Ulang untuk setiap ciri yang disediakan. Untuk pengetahuan anda, setiap kasut berbeza ciri-ciri yang boleh diubah.

Setelah anda selesai mengubah mengikut cita rasa anda, anda boleh menekan butang ‘done’ seperti di bawah ini. Gambar kasut rekaan anda akan tertera di bahagian ‘Your design’.

Jika anda berpuas hati anda boleh teruskan ke langkah seterusnya. Jika tidak anda boleh menekan semula butang ‘customize’.

Langkah Terakhir

Langkah terakhir anda untuk teruskan pembelian kasut rekaan anda sendiri dengan menekan butang ‘sign in to buy’.

Seperti tertera pada gambar di atas, kasut ‘csutom made’ anda akan dihantar dalam masa 3 minggu.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ‘custom made’ kasut Nike mengikut cita rasa anda. Di sini jika ingin meniru warna kasut yang popular juga tiada masalah kerana anda tidak melanggar mana-mana undang-undang kerana anda membuat kasut daripada Nike juga.

Sumber: Nike

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Penjelasan Pengambilan Guru Secara ‘One-off’ Mulai 7 Julai

Resepi Kek Batik Melting. Sukatan Cawan Sahaja!