Bantuan RM500 Zakat Kecemasan MAIWP : Mohon Mulai 16 Nov 2020
KUALA LUMPUR, 14 November– Prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP akan dibuka secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.
Mereka yang menjadi tumpuan kali ini adalah :
- Pemandu teksi/ e-hailing
- Pengawal keselamatan
- Peniaga-peniaga kecil
- Hilang pekerjaan akibat COVID-19
- Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.
Bantuan Zakat Kecemasan ini bukan kali pertama yang diluluskan yang mana bantuan ini telah mula dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac lalu.
Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan dan telah membantu seramai 23,340 orang.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.
Apakah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19?
Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
Objektif
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Baca juga: Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Permohonan Modal Perniagaan Untuk Wanita
Jumlah Bantuan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
Mereka yang layak akan menerima Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.
Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
- Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
Tarikh Permohonan
MAIWP akan membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.
Cara Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
Permohonan dalam talian boleh dibuat menerusi pautan berikut:
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
Berikut adalah langkah permohonan:
1. Daftar
Buka laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.
Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.
Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang DAFTAR.
2. Log Masuk
Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.
3. Isi Maklumat
Halaman Utama sistem akan dipaparkan setelah pemohon berjaya Log Masuk.
Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.
Pemohon dikehendaki untuk MEMENUHKAN SEMUA BUTIRAN di bahagian berikut:
- MAKLUMAT PERIBADI
- ALAMAT
- MAKLUMAT PEKERJAAN
- MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
- MAKLUMAT AKAUN dan
- MUAT NAIK DOKUMEN.
4. Muat Naik Dokumen
Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:
- KAD PENGENALAN
- BIL AIR/API
- PENYATA BANK
- SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.
*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.
Setelah semua butiran telah diisi oleh pemohon, pemohon hendaklah menekan
butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut.
5. Kemaskini Maklumat Tanggungan
Pemohon dikehendaki membuat LANGKAH 2 – KEMASKINI TANGGUNGAN
dengan menekan butang yang terletak di bahagian tab atas bersebelahan dengan
LANGKAH 1- MAKLUMAT PEMOHON.
Pemohon dikehendaki menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi
maklumat yang diperlukan.
Pemohon hendaklah memenuhi setiap butiran
seperti:
- NO. KAD PENGENALAN
- NAMA
- TARIKH LAHIR
- JANTINA
- HUBUNGAN
- PEKERJAAN
dan menekan butang HANTAR.
6. Hantar Permohonan
Setelah pemohon SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon dikehendaki menekan butang LANGKAH 3 – HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.
Baca juga: Wilayah Bebas Berniaga: Cara Mohon Lesen Penjaja Sementara Di Putrajaya & KL (Percuma 6 Bulan)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP.
ATAU
Hubungi talian hotline:
- 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
- 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
- 013 – 8516066 (Labuan)
*Sumber hebahan: https://www.facebook.com/maiwphq/posts/3789464991111798
Semoga dapat meringankan beban mereka yang terjejas ekoran COVID-19.