Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 : Permohonan RM500 One-off

PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0 : BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF RM500

Seramai 14,712 peniaga berdaftar di negeri ini bakal menerima manfaat daripada Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 yang diumumkan baru-baru ini.

Tarikh mula permohonan adalah bermula pada 25 Januari 2021 manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2021.

Bantuan ini diharapkan dapat melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

Melalui Pakej tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kumpulan sasaran dan sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Lima (5) kumpulan sasaran ini merangkumi kategori seperti berikut:

1) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Penjaja, Penggerai & Peniaga Pasar Tani

  • Peniaga dan penjaja berlesen;
  • Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);
  • Penjaja/penggerai yang mempunyai tagging serta berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT); dan
  • Peniaga pasar tani (FAMA)

Dianggarkan seramai 14,712 peniaga akan menerima manfaat ini dengan peruntukan sebanyak RM7,356,000.00.

2) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM200 Kepada Penarik Beca.

  • Seramai 288 penarik beca telah dikenal pasti dengan anggaran peruntukan sebanyak RM57,600.00.

3) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Kepada Pengusaha Kantin Sekolah Yang Berdaftar

  • Bantuan akan diberikan kepada 462 pengusaha kantin dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231,000.00.

4) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Perniagaan Terjejas

Perniagaan ini meliputi :

  • Perkhidmatan gunting rambut/salun rambut;
  • Perkhidmatan salun kecantikan dan spa;
  • Perkhidmatan pusat refleksologi; dan
  • Perkhidmatan bekam.

Seramai 2,929 peniaga yang berlesen dengan PBT telah dikenal pasti, dengan anggaran peruntukan adalah sebanyak RM1,464,500.00.

5) Peruntukan Khas

Peruntukan khas RM30,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan Negeri, ADUN Angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.

Cara Permohonan Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0

Semua penjaja dan peniaga, perlu membuat pengesahan butiran perniagaan, maklumat individu serta menyertakan maklumat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan. 

Untuk memohon dan membuat semakan, anda boleh terus melayari Portal e-lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mulai 25 Januari di pautan: https://elesen.mbpp.gov.my//mppplic/query/info_query.jsp

Sila rujuk cara semakan status / kemaskini maklumat di bawah:

Cara Semakan Status / Kemaskini Maklumat Pakej Bantuan Rakyat 3.0

Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0
Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0
Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0

Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menyediakan Portal Bantuan Tunai Penjaja 3.0 (PBT) untuk memudahkan pengagihan Pakej Bantuan 3.0 daripada kerajaan negeri. 

Portal berkenaan akan memudahkan pengumpulan maklumat akaun bank penjaja yang berdaftar dengan PBT dan juga membantu penyaluran bantuan kepada penjaja.

Baca juga: GKP PERMAI: Semakan & Tarikh Bayaran GKP Tambahan RM1,000 

Tarikh Permohonan Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0

Tarikh mula permohonan adalah bermula pada 25 Januari 2021 manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di SINI.

https://www.facebook.com/ChowKonYeow/photos/a.443804149168/10159055829819169/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: