Kenyalang Gold Card – Cara Memohon & Manfaat Untuk Warga Sarawak
Kenyalang Gold Card (KGC) ~ Tahukah anda, sekiranya anda merupakan warga emas yang berasal atau menetap di Sarawak, anda boleh memohon kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan ‘Kenyalang Gold Card’ setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permohonan seramai 199,797 orang warga emas.
BACA JUGA: BPKNS: Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Kenyalang Gold Card (KGC)
Kenyalang Gold Card (KGC) adalah merupakan kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan strategik KGC.
Objektif utama kad ini diperkenalkan adalah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial.
Faedah Memiliki Kenyalang Gold Card (KGC)
Antara kemudahan dan faedah memiliki Kenyalang Gold Card (KGC) ialah:
- Mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.
- Diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.
- Bantuan Ehsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun. (*NOTA: BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.)
Syarat Kelayakan Kenyalang Gold Card (KGC)
Untuk memohon, sila rujuk syarat-syarat yang disenaraikan di bawah:
- Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
- Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
- Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020
BACA JUGA: HDAS: Skim Bantuan Deposit Rumah RM10,000 Untuk Rakyat Sarawak
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah atau melalui atas talian (online) di laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut: https://kenyalanggold.com/
Anda boleh muat turun borang permohonan di sini: https://sarawak.gov.my/media/images/Announcement/2020/kgc.pdf?fbclid=IwAR2fbuSSzSGN_noXUtg3CgErxwv78AEwI-g3tIEyqF8DsBQ2G1VCEaamwAo
NOTA: Hantar permohonan anda secara manual ke Pejabat Pusat Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai KGC, sila hubungi talian berikut: 082-449577/444139. Atau, emel ke alamat: [email protected]
Untuk bacaan lanjut, layari laman web berikut: https://kenyalanggold.com/