HDAS: Skim Bantuan Deposit Rumah RM10,000 Untuk Rakyat Sarawak
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berusaha menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat, menangani isu menyediakan deposit dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan menangani kenaikan kos harga rumah bagi membolehkan golongan berkenaan memiliki rumah.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan GPS Sarawak hakikatnya telah memperkenal dan melaksanakan Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) dalam bajet negeri 2022 baru-baru ini.
Peruntukan sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk skim berkenaan dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 pemilik rumah, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri.
Melalui skim itu kerajaan negeri akan membayar deposit RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.
Menurut Ketua Menteri, skim itu akan diuruskan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (MUTIARA), sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).
Matlamat HDAS, katanya, adalah untuk menyediakan bayaran deposit dan skim itu tertakluk kepada projek perumahan mampu milik yang diiktirafkan oleh Kerajaan GPS.
Pelaksanaan skim itu akan membolehkan lebih ramai kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana membeli dan memiliki rumah kerana ia boleh membantu pembayaran awal sewa beli rumah.
“Ini adalah satu bukti berterusan Kerajaan GPS Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak membeli dan memiliki rumah,” tegas beliau.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) Sarawak.
Apakah Skim Bantuan Deposit Perumahan (Housing Deposit Assistance Scheme) HDAS?
Skim Bantuan Deposit Perumahan yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak adalah satu kaedah untuk membantu pemilikan kediaman sendiri setelah ramai terjejas akibat COVID-19.
Melalui skim itu kerajaan negeri akan membayar deposit RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.
Bagi pemilik tanah yang diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei dibawah Skim Pembesaran Kampung dan Skim Penempatan Semula pula mereka boleh membuat permohonan melalui Mutiara Mortgage and Credit Sendirian Berhad, sebuah subsidiari milik sepenuhnya Perbadanan Pembangunan Perumahan.
Apakah Spektra Mutiara (Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd) ?
Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat milikan penuh kepada Syarikat Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Sarawak.
Ditubuhkan pada 9 Feb 1993 dengan nama SP Pembangunan Sdn. Bhd. pada 22 Dec 1994, penukaran nama kepada Mutiara Perumahan Sdn. Bhd.
Hasil inisiatif Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, (mantan Menteri Perumahan Sarawak), ianya telah diputuskan agar unit pembiayaan perumahan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah tercapai.
Dengan itu, syarikat ini ditubuhkan dan diberi nama Mutiara Mortgage and Credit Sdn. Bhd. pada 1hb Ogos, 2013 tanggal 17hb Jun, 2015, Skim Pinjaman Rumah Mutiara dilancarkan oleh Menteri Perumahan Sarawak.
Baca juga:
- Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru
- Tarikh Buka Sekolah Penggal 3 2022 Ditangguh Seminggu Susulan Banjir
Cara Permohonan
Permohonan untuk HDAS boleh dibuat melalui pemaju perumahan yang disenaraikan atau skim yang diluluskan oleh MUTIARA bagi pemilik tanah diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).
Prosedur permohonan dan pelaksanaan seperti mengemukakan dokumen kepada MUTIARA di alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak di talian 082-313035.
ATAU
Terus ke pautan laman web berikut:
https://mutiaracredit.com.my/ms/
Kriteria Kelayakan
Kriteria kelayakan bagi permohon adalah seperti berikut:
- Pembeli rumah pertama dalam kalangan B40 dan M40 yang membeli hartanah kediaman daripada pemaju yang diluluskan atau mahu membina rumah di atas tanah sendiri.
- Kelayakan bagi B40 ialah dengan pendapatan RM3,729 dan ke bawah sebulan dan M40 (RM3,730-RM8,649).
- Rakyat Sarawak dengan status tetap dan skim perumahan / projek tergolong di bawah HDAS.
Jenis hartanah harga murah dalam lingkungan harga RM50,400 – RM59,220, harga sederhana (RM80,000 – RM100,000), Spektra Lite (RM100,000 – RM120,000), Spektra Medium (RM135,000 – RM168,000), Spektra Plus (RM150,000 – RM198,000), Spektra Permata (RM90,000 -160,000), Sri Pertiwi (RM270,000 – RM295,000) dan rumah mampu milik dimajukan oleh agensi kerajaan dan anak syarikatnya termasuk pemaju bersama dengan pemaju swasta di bawah RM300,000.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila hubungi Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd melalui alamat Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak atau di talian 082-313035.
ATAU
Terus ke pautan laman web berikut: