Terpaksa Menagih Susu Dari Jiran Demi Anak. Namun Ini Terjadi Selepas Kehadiran NGO

Kehidupan yang selesa untuk keluarga sememangnya impian semua orang. Namun tidak semua orang ditakdirkan dengan kehidupan yang selesa dan mewah.

Malah lebih menyedihkan ada yang tidak mampu menyediakan keperluan disebabkan kesempitan hidup.

Pengalaman bertemu dengan keluarga susah ini dikongsikan oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan.

Kisah kehidupan keluarga ini sangat menyayat hati sehinggakan ada sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.

Ada juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan. Malah ada pula yang terpaksa berikan susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil.

Namun kehadiran mereka menghulurkan bantuan kepada keluarga ini memberikan kegembiraan kepada mereka. Ini jelas jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.

Muhammad Syariezal Ab Rashid lagi, kegembiraan mereka sehingga berlinangkan air mata ketika menerima bantuan susu dan lampin pakai buang. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan.

Mereka ini adalah keluarga yang terkesan disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di musim wabak pandemik yang melanda negara ketika ini.

Antara mereka ada yang telah dibuang kerja dan tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan,

Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

“Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Terengganu,” jelasnya lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: