Terpaksa ‘Beli’ Oksigen Pasaran Gelap, COVID 19 Di India Makin Kritikal

Angka kematian Covid-19 di India kekal tinggi dengan 323,144 kes baru hari ini, sedikit rendah berbanding rekod tertinggi 352,991 di seluruh dunia yang dicapai pada hari Isnin, dengan hospital yang terpaksa menolak pesakit kerana kekurangan tempat tidur dan bekalan oksigen.

Bagaimanapun, jumlah penurunan dalam kes hariannya ini dikatakan adalah kerana penurunan upaya untuk menjalankan ujian, menurut Rijo M John, seorang profesor dan ahli ekonomi kesihatan di Institut Pengurusan India di negeri selatan Kerala, di Twitter.

India berdepan dengan krisis oksigen, di mana gas oksigen kini diangkut di dalam kereta dan dihirup di rumah oleh pesakit yang tidak berjaya mendapatkan rawatan di hospital.

India telah meminta angkatan tenteranya untuk membantu menangani krisis yang dahsyat itu.

Baca juga: “Kami Tak Dapat Keluar,” Ini Nota Terakhir Komander Kapal Selam Kursk

Punca ‘Tsunami’ COVID-19 Di India

Ketika kes COVID-19 di India tidak begitu tinggi, ramai yang mula leka dan mengabaikan SOP.

Selain itu, beberapa insiden telah mengakibatkan keadaan bertambah buruk antaranya:

  • Puluhan ribu penonton dibenarkan menghadiri stadium untuk pertandingan kriket.
  • Panggung wayang dibuka;
  • Kerajaan membenarkan perjumpaan keagamaan yang sangat besar seperti Kumbh Mela, sebuah festival di mana berjuta-juta orang Hindu berkumpul untuk mandi di sungai Ganges.
  • India meneruskan pilihan raya dan tunjuk perasaan di empat negeri dan satu wilayah kesatuan; orang ramai di perhimpunan pilihan raya telah mengabaikan garis panduan SOP.
  • Walaupun menjadi antara pengeluar utama vaksin, India dilaporkan telah memberi vaksin sepenuhnya kepada hanya 1.4 peratus dari rakyatnya; manakala 8.3 peratus telah divaksinasi sebahagian.

Akibatnya, kini sistem penjagaan kesihatan negara tersebut berada dalam keadaan runtuh kerana hospital-hospital terbengkalai dan bekalan oksigen hampir habis.

Berikut dikongsikan foto-foto keadaan Covid19 di India yang semakin tenat.

Baca juga: [GAMBAR] Kapal Selam KRI Nanggala Terbelah 3, Semua 53 Kru Terkorban

Gambar: Keadaan Covid-19 Di India Semakin Tenat, Oksigen Sangat Diperlukan

Difahamkan terlalu banyak kematian sehingga perkuburan juga penuh dan terpaksa proses kremasi terpaksa dilakukan di kawasan lapang seperti tapak parking.

REUTERS/Danish Siddiqui

Hospital di bandar terjejas kimi dipenuhi dengan pesakit, sehingga ramai yang terpaksa menunggu di luar dan ditolak daripada menerima rawatan kerana kapasiti perawat yang tidak mencukupi.

Krisis Oksigen

Keperluan terhadap oksigen yang mendesak akibat COVID 19 menyebabkan ramai pesakit terpaksa menghirup oksigen di luar hospital atau di rumah.

Ramai pesakit yang ‘berkampung’ di perkarangan hospital atau di dalam kenderaan mereka selama beberapa hari di luar hospital kerana tidak mendapat ruang untuk rawatan.

Di sesetengah kawasan, bekalan oksigen diagihkan bagi memenuhi keperluan pesakit di rumah.

Oksigen menjadi sangat berharga seperti ’emas’ buat masa ini.

Malah, SkyNews melaporkan ada yang mendapatkan oksigen dari pasaran gelap akibat kehabisan sumber.

Difahamkan ada tong oksigen turut dicuri dari hospital akibat keadaan yang terdesak itu.

Berikut disertakan video dokumentari pendek tentang Krisis Oksigen akibat COVID 19 di India.

Sumber: Sky News

Kes Meningkat Di Luar Kawalan – WHO

Sesetengah pihak menuding jari kepada ahli politik kerana gagal mengawal keadaan, malah membenarkan acara yang melibatkan jutaan manusia seperti Kumbh Mela.

India meneruskan pilihan raya dan tunjuk perasaan di empat negeri dan satu wilayah kesatuan; orang ramai di perhimpunan pilihan raya telah mengabaikan garis panduan SOP.

Sebagai antara negara pengeluar vaksin dunia, kadar rakyat yang divaksin di negara itu juga masih sangat rendah.

India dilaporkan telah memberi vaksin sepenuhnya kepada hanya 1.4 peratus dari rakyatnya; manakala 8.3 peratus telah divaksinasi sebahagian.

(Sumber gambar: Reuters, AFP, Express Agency dll via Business Insider)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan rasa terkejut dengan peningkatan mendadak lagi ketara kes jangkitan dan kematian COVID-19 di India.

Ketua badan dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata keadaan kini ‘lebih daripada menyayat hati’ (beyond heartbreaking) dan segala usaha diselaras bagi membantu negara itu.

“WHO akan lakukan segala yang kita berupaya bagi membekalkan peralatan kritikal dan bekalan perubatan.

“Setakat ini, ribuan mesin oksigen, peralatan hospital mudah alih dan bekalan makmal sudah dihantar.

“WHO juga memindahkan lebih 2,600 pakar pelbagai program di lapangan termasuk polio dan batuk kering, untuk membantu pihak berkuasa perubatan India menangani pandemik ini,” katanya.

Krisis COVID-19 India kini mencapai tahap kritikal dengan hospital tidak dapat menampung pesakit manakala pusat pembakaran mayat kini beroperasi tanpa henti.

Peningkatan mendadak kes sejak kebelakangan ini menyaksikan keluarga pesakit menggunakan media sosial merayu meminta bekalan oksigen dan katil kosong di hospital.

Ibu negara, New Delhi, bertindak melanjutkan lagi perintah berkurung selama seminggu.

Negara dengan 1.3 bilion penduduk itu kini menjadi hotspot terbaru wabak yang sudah menjangkiti lebih 148 juta mangsa dan mengorbankan lebih 3.1 juta nyawa di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain menghantar ventilator dan bahan vaksin kepada India manakala beberapa negara lain turut menghulurkan pelbagai bantuan bagi menangani krisis yang semakin memuncak.

Kata Tedros, kes global COVID19 itu meningkat ketara sejak sembilan minggu lalu dan jumlah kes minggu lalu saja sudah melebihi jumlah keseluruhan kes pada lima bulan pertama ketika pandemik bermula.

AS kekal sebagai negara paling terjejas di dunia dengan lebih 32 juta jangkitan dan 586,000 kematian diikuti Brazil dan Mexico.

Namun, India di tempat keempat, sejak kebelakangan ini menjadi penyumbang utama kepada peningkatan statistik COVID-19 global.

*Sumber: AFP / Reuters

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: