[GAMBAR] Kapal Selam KRI Nanggala Terbelah 3, Semua 53 Kru Terkorban

Jakarta, 25 April 2021 – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala 402 telah terkorban ketika menunjukkan bukti video ianya terbelah 3.

“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala 402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Komponen kapal yang ditemui terdiri daripada kemudi kipas belakang, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain termasuk pakaian keselamatan kru.

Sumber foto: BERNAMA

Menurutnya berdasarkan visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang telah “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

Turut disertakan video penampakan kapal selam tersebut.

Semua Awak-awak Nanggala 402 Disahkan Terkorban, Masih Belum Dijumpai

Senarai nama 53 perajurit kapal selam KRI Nanggala 402 yang disahkan tenggelam diumumkan.

Seramai 53 anak kapal masih tidak ditemui jasadnya. Ramai yang mendoakan mereka pada posting media sosial dengan tanda pagar #prayfornanggala402.

Pelbagai ucapan dan doa dikirimkan mengenang jasa dan pengorbanan parajurit KRI Nanggala 402.

  1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402
  2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P)
  3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T)
  4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)
  5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)
  6. Muhadi – Lettu Laut (P)
  7. Ady Sonata – Lettu Laut (P)
  8. Imam Adi – Lettu Laut (P)
  9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T)
  10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E)
  11. Munawir – Letda Laut (P)
  12. Rhesa Tri – Letda Laut (T)
  13. Rintoni – Letda Laut (T)
  14. M Susanto – Letda Laut (P)
  15. Ruswanto – Serka Bah
  16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah
  17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu
  18. Achmad Faisal – Sertu Kom
  19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom
  20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko
  21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki
  22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes
  23. Bambang Priyanto – Serda Bah
  24. Purwanto – Serda Kom
  25. Eko Prasetiyo – Serda Kom
  26. Harmanto – Serda Ttu
  27. Lutfi Anang – Serda Ttu
  28. Dwi Nugroho – Serda Atf
  29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede
  30. Misnari – Serda Eta
  31. Setyo Wawan – Serda Saa
  32. Hendro Purwoto – Serda Lis
  33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes
  34. Diyut Subandriyo – Serda Lis
  35. Wawan Hermanto – Serda Lis
  36. Syahwi Mapala – Serda Lis
  37. Wahyu Adiyas – Serda Lis
  38. Edi Wibowo – Serda Lis
  39. Kharisma D.B – Kopda Eta
  40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg
  41. Khoirul Faizin – Kopda Mes
  42. Maryono – Kopda Trb
  43. Roni Effendi – Klk Eta
  44. Distriyan Andy P – KLK Eta
  45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy
  46. Gunadi Fajar R – KLS Isy
  47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav
  48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes
  49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK
  50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel
  51. Irfan Suri – Letkol Laut (E)
  52. Whilly – Mayor Laut (E)
  53. Suheri – PNS

Kapal selam buatan 1979 ini dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaannya untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.

KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta sistem penggerak, sonar dan senjata dinaik taraf.

Misi pencarian bertukar kepada usaha mengeluarkan kapal selam itu selepas serpihan yang ditemui menggambarkan ia mungkin terputus ketika tenggelam ke dasar laut.

Namun, semalam tentera laut memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Takziah buat rakan-rakan di Indonesia dan kepada ahli-ahli keluarga krew kapal selam KRI Nanggala 402.

Semoga tabah menghadapi dugaan musibah yang melanda ini.

Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

*Sumber: BERNAMA / KompasTV

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: