Taska Bedung & Beri Susu Mengiring, Bayi Terlungkup Hingga Menyebabkan Maut

Seorang ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pihak pengurusan sebuah taska di Melaka yang didakwa cuai dalam menguruskan anaknya berusia 6 bulan sehingga menyebabkan kematian.

Dalam sebuah perkongsian di Facebook oleh ibu bayi perempuan yang bernama Haura Najia binti Mohd Kamaruddin itu, diceritakan rentetan peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2022.

Kisah itu mengundang sebak dan meraih perhatian warganet, bahkan ramai yang turut berasa geram dan marah dengan tindakan pekerja / pengusaha taska berkenaan yang dikatakan telah membedung bayi dan membiarkannya menghisap susu sendirian di bilik dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Berikut dikongsikan coretan penuh oleh ibu mangsa:

Terlalu rindu.. Mesti bby bahagia sgt di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN .

Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga mlm td dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan utk bby sy yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska

Sumber gambar dari Facebook ibu bayi Haura : https://www.facebook.com/fateha.sandollah/

Kronologi Kes Kematian bby yang amat kami sayangi

27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan bby Haura tidak sedarkan diri. Sy segera ke taska dn pihak taska memaklumkan telah bawa bby Haura ke klinik berdekatan dan dlm beberapa saat dimaklumkan bby sy dibawa ke Hospital Melaka.

Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan bby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkn bby haura dtg dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikn nadi bby sy ada semula namun terlalu lemah.. Bby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan ank saya 50-50 utk survive n andai survive tidak akan mnjadi bby haura yg dahulu. Bby sy diletakkan di bawah PICU.

Suami berjumpa n bertanya kepada penjaga bby apa yg berlaku di taska dan dia berkata jam. 10 lebih haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dr bilik bby. Dia masuk semula dan nmpk haura terlungkup tetapi tidak membetulkn kedudukan haura kerana nmpk haura mcm boleh bernafas. Dia masuk semula utk memandikan bby pada jam 4ptg dan tgk haura sudah tidak sedar kan diri..

Ya Allah bby haura sy di biarkan dr jam 10pg dn hanya dilihat pada jam 4 ptg shj.. Betapa struggle bby haura sy utk bernafas hgga bby sy pergi selamanya.. Allah… Allah..

Mlm 27 Oktober Pakar merawat memaklum bhw bby sy poor progress. Sy dan suami dibenarkan utk berada di PICU sentiasa.

28hb progress bby semakin menurun. Dalam jam 4 ptg pakar memaklumkan progress bby haura semakin tidak cntik dan memaklumkan buah pinggang bby sudah tidak well function. Organ2 bdn sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.

29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari bby haura kami telah menemui penciptanya.

Di sini sy dan suami dengan rendah diri mohon doa dr semua utk kami dapatkan keadilan utk bby kami dan juga utk bby2 yg lain.. Sy mengharapkn pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska2 lain.

AL FATIHAH untuk baby syurga saya.

Sumber: Facebook Nurul Fateha Sandollah

Reaksi Warganet

Rata-rata ramai yang mengecam tindakan pusat jagaan / taska berkenaan yang dikatakan cuai kerana meninggalkan bayi sendirian tanpa pengawasan dalam posisi yang tidak selamat.

Ramai juga yang turut bertanya lokasi taska tersebut, namun ia tidak dinyatakan oleh ibu mangsa.

Dia bedung anak tu pahtu ngiringkan bagi susu. Then kau tinggalkan dia sorang2 macamtuh, Berjam2, Allah…

Maiza Mansur

Tak logik baby 6 bulan dibiarkan tidur berbedung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Memang taska sambil lewa jaga baby.

Secara logiknya bedung dah tak boleh digunakan bila anak dah start ‘roll over’.

At 4 month milestone, baby dah start belakar bergolek sendiri. Time ni dah kena stop bedung.

Apa apa pun taska kalau nak hire ‘orang’ jadi cikgu, make sure ada knowledge la. Ni nyawa anak orang weh

Fateen Emira

Ramai juga yang berkongsi hantaran tersebut sebagai tanda sokongan dan meraih perhatian agar kes ini mendapat pembelaan yang sewajarnya, sekaligus menjadi pengajaran dan amaran kepada taska agar tidak berlaku kes pengabaian yang boleh meragut nyawa kanak-kanak serta bayi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: