Mesej Whatsapp Boleh Hilang Selepas 7 Hari. Ini Cara Tutup Fungsi ‘Disappearing Messages’
Whatsapp telah memperkenalkan fungsi ‘Disappearing Messages’, di mana apabila anda mengaktifkan fungsi ini, mesej yang dihantar oleh individu atau group chat akan dipadam selepas 7 hari.
Fungsi ini sebenarnya berguna terutama buat anda yang ‘stuck’ dalam satu group yang suka berborak panjang atau forward isu-isu yang tak berkenaan kerana fungsi ini dapat mengoptimumkan storan yang anda gunakan.
Jadi, sama ada anda nak aktifkan atau nak tutup fungsi ini terpulang.
Berikut dikongsikan lebih lanjut cara untuk setting bahagian ‘Disappearing Message’ tersebut.
Apakah Fungsi ‘Disappearing Messages’ Di Whatsapp?
Seperti yang dinyatakan tadi, fungsi ini akan memadam mesej secara automatik dalam tempoh 7 hari.
Sesiapa saja boleh mengaktifkan fungsi ini.
Namun, bagi group Whatsapp, admin mempunyai kelebihan untuk mengawal setting ini dan memberi kebenaran kepada ahli untuk enable fungsi ‘Disappearing Messages’.
- Sekiranya pengguna tidak membuka WhatsApp dalam tempoh 7 hari, mesej akan hilang. Walau bagaimanapun, preview mesej mungkin masih dipaparkan dalam pemberitahuan sehingga WhatsApp dibuka.
- Apabila anda membalas mesej, mesej awal akan dikekalkan. Sekiranya anda membalas mesej yang hilang, teks yang anda reply akan kekal dalam chat setelah tujuh hari.
- Sekiranya disappearing messages di forwardkan kepada pengguna yang menutup fungsi disappearing messages, mesej itu tidak akan hilang dalam chat.
- Sekiranya pengguna membuat backup sebelum mengaktifkan disappearing messages, mesej yang hilang akan disertakan dalam backup. Disappearing messages akan dihapus apabila pengguna memulihkan fail dari backup.
Baca juga: Dah Lengkap 2 Dos Vaksin Tetapi Belum Ada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini
Cara Tutup Fungsi / Aktifkan ‘Disappearing Message’ Di Whatsapp
Untuk mengaktifkan atau menutup fungsi ini, anda hanya perlu pergi ke individu atau group yang anda nak tetapkan fungsi padam sendiri ini.
Kemudian tekan pada profile indivu / group tersebut yang terletak di atas chat box dan pilih ‘Disappearing Messages’
CARA TUTUP FUNGSI DISAPPEARING MESSAGES
Notis begini akan dipaparkan.
Jika anda lebih selesa untuk mengekalkan mesej, tekan butang turn off.
CARA AKTIFKAN FUNGSI DISAPPEARING MESSAGES
Guna langkah sama seperti di atas dan tekan turn on jika anda mahu memadamkan mesej secara automatik untuk mengoptimumkan ruang storan dalam handphone.
Tekan continue dan pilih On.
Apabila anda mengaktifkan fungsi ‘disappearing messages’, notis begini akan dipaparkan.
Anda sudahpun berjaya mengaktifkannya.
Whatsapp kemudiannya akan memberi peringatan di mana mesej yang terpadam sendiri masih boleh disimpan, jika penerima menghantar ke orang lain atau menangkap layar perbualan.
Baca juga : Cara Jadikan Handphone Anda Sebagai Webcam Di PC / Laptop
Adakah Gambar / Media Akan Turut Terpadam Jika Ia Diaktifkan?
Jika anda mengaktifkan fungsi disappearing messages ini, media dan gambar juga akan turut terpadam.
Namun secara default, media yang anda terima melalui Whatsapp akan disimpan secara automatik ke dalam handphone jika anda mengaktifkan fungsi auto-download.
Jika ingin save ruang storan dalam phone, anda boleh tutup fungsi auto-download off pada WhatsApp di bahagian Settings > Storage and Data.
Sumber rujukan:
- How to turn disappearing messages on or off: Android | iPhone | KaiOS | Web and Desktop
- How to turn disappearing messages on or off in a group: Android | iPhone | KaiOS | Web and Desktop