Cara Jadikan Handphone Anda Sebagai Webcam Di PC / Laptop
CARA GUNA HANDPHONE SEBAGAI WEBCAM BAGI LAPTOP / PC YANG TAK ADA KAMERA
Pada waktu pandemik ini, kita sangat bergantung kepada webcam untuk hadiri meeting menerusi atas talian, anak-anak pula kerap menggunakannya untuk tujuan PDPR.
Sesetengah laptop lama atau PC mungkin tidak dilengkapi dengan webcam seperti sekarang. Tapi jangan risau, sebab anda boleh gunakan handphone anda sebagai pengganti tau!
Hanya perlu download satu app pada handphone dan laptop / PC secara percuma dan handphone anda boleh berfungsi sebagai webcam dengan cukup mudah!
Jom kita belajar cara gunakan handphone sebagai webcam mengikut langkah-langkah ini.
Kredit Foto : housing.com
Cara Guna Handphone Sebagai Webcam Untuk Laptop & PC
Iriun adalah antara aplikasi yang paling compatible dengan semua peranti, laptop serta PC. Ia boleh digunakan untuk Windows, Mac, dan handphone Android serta iPhone.
Cara untuk gunakan aplikasi Iriun adalah seperti berikut :
1. Pergi ke Google Playstore atau Appstore atau terus ke pautan https://iriun.com/
2. Search Iriun 4K Webcam for PC and Mac dan install ke phone anda.
3. Buka aplikasi, tekan Continue.
4. Tekan Allow pada semua untuk aktifkan kamera dan rakaman audio dalam aplikasi.
5. Iriun akan menunjukkan preview webcam di handphone. Biarkan app dibuka dan gunakan laptop atau Macbook anda pula untuk download Iriun Webcam Server.
6. Download Iriun Webcam Server di iriun.com untuk laptop/PC.
Pastikan laptop/PC dan handphone anda menggunakan Wifi atau Hotspot yang sama.
7. Install Iriun Webcam Server.
8. Bila sudah selesai install, klik Finish untuk mula menggunakan webcam di handphone.
9. Kini webcam anda sudah boleh digunakan di handphone.
Barulah mudah nak buat presentation atau Google Meet guna laptop tu.
Tips : Anda juga boleh tukar setting camera webcam dengan menekan simbol spanar di atas kanan aplikasi Iriun.
Antara setting yang ditawarkan ialah :
Orientation : Anda boleh pilih untuk tetapan orientation landscape atau potrait
Camera : Anda boleh pilih untuk gunakan kamera depan atau belakang.
Baca juga : Cara Buat Whatsapp Room (Video Meeting Ala Google Meet / Zoom)
Kelebihan Menggunakan Handphone Sebagai Webcam
Jika anda nak gunakan handphone sebagai webcam tetap anda pun tiada masalah kerana ada banyak kelebihannya berbanding webcam yang ada di PC atau laptop.
Antara kelebihan menggunakan handphone sebagai webcam ialah :
1. Handphone boleh berikan lebih pencahayaan dengan flash.
2. Posisi kamera boleh kita ubah ikut kesesuaian.
3. Kamera lebih terang dan jelas.
4. Kita bebas untuk ubah tetapan seperti gunakan kamera depan/belakang serta orientation kamera.
Mudah bukan untuk gunakan handphone sebagai webcam?
Kalau dah boleh gunakan handphone, anda tak perlu risau lagi jika laptop anda tak ada webcam atau sekiranya webcam di laptop atau PC anda tidak boleh digunakan.
Sebelum mulakan meeting atau kelas PDPR, jangan lupa juga untuk charge handphone siap-siap supaya webcam tidak terputus di tengah jalan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Notifikasi Apabila Bateri Penuh. Mudah Saja!