in

Harga Jam Tangan Pintar Fitbit Charge 5 Sangat Berbaloi. Dah Mula Jual Di Malaysia!

ADVERTISEMENT

Walaupun jam tangan pintar Fitbit Charge 5 telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu, untuk pasaran Malaysia pihak Fitbit mengatakan akan mula dirasmikan pada Oktober akan datang.

Bagaimanapun, pelancaran ke pasaran Malaysia telah diawalkan dan anda boleh dapatkan jam tangan Fitbit Charge 4 ini pada hari ini.

ADVERTISEMENT

Ianya dilancarkan dengan harga RM878 seutas di mana dengan setiap pembelian Charge 5 anda bakal mendapat langganan percuma Fitbit Premium selama enam bulan. Selepas tempoh tersebut ia boleh dilanggan pada harga RM39 sebulan.

Untuk pengetahuan umum, Fitbit Charge 5 adalah antara jam tangan pintar yang popular selain daripada jenama premium lain seperti Garmin, Coros dan iWatch.

Untuk versi kali ini, Charge 5 dilengkapi skrin skrin AMOLED berwarna buat pertama kali dengan sokongan sentuhan menjadikan ianya setanding dengan jenama premiun yang lain.

Menjadi jam tangan pintar yang pertama yang dilengkapi dengan sensor ECG dan EDA (Eletrodermal Activity), ianya dapat menjejak kesihatan dengan menyukat tahap stres tubuh pemakai.

Ciri-ciri pintar yang turut serta pada versi kali ini adalah sokongan penjejak nadi, tapak, kadar pernafasan, suhu kulit, kitaran haid dan juga GPS.

Untuk ketahanan bateri, versi kali ini mampu menawarkan tempoh operasi sehingga 7 hari dengan sekali caj. Sebagai penjejak kesihatan untuk pengguna aktif.

Selain itu, Fitbit Charge 5 juga boleh digunakan di dalam air kerana ianya direka untuk kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Seperti jam tangan jenama premium yang lain, Fitbit Charge 5 mampu menjejak pola tidur, tenaga dan tempoh pemulihan tubuh. Berdasarkan ketiga-tiga faktor, Daily Readiness Score akan memaparkan skor untuk rujukan pemakai dan akan menyarankan aktiviti yang lebih sesuai dengan tahap ketersediaan tubuh.

Melalui langganan Fitbit Premium ini, pengguna boleh mengakses video senaman yang boleh dijadikan rujukan ataupun jurulatih maya kepada pengguna.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Wanita Kongsi Rahsia Kulit Flawless, Guna Bedak Nyonya Je. Jimat!

tukar alamat ic

Permohonan Tukar Alamat Mykad / IC / Kad Pengenalan, Prosedur, Harga