Cara Screenshot Laptop / PC Dengan Mudah (Sebahagian / Seluruh Skrin)
CARA SCREENSHOT LAPTOP / PC DENGAN EFISYEN, MUDAH & CEPAT
Pada waktu ini, kita banyak menghabiskan masa pada laptop untuk menyelesaikan tugasan.
Kita juga banyak menggunakan screenshot untuk pelbagai tujuan dalam kerja dan belajar. Biasanya kita gunakan butang PrintScreen yang ada di keyboard.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda juga gunakan untuk screenshot.
Cara ini juga membolehkan anda screenshot bahagian yang anda perlukan atau satu page terus sampai ke bawah !
Dah alang-alang anda buka Chrome browser, apa kata try screenshot melalui Chrome?
Jom kita belajar cara screenshot menggunakan Chrome browser dengan cara mudah!
#1: Cara ScreenShot Laptop Guna Snipping Tool
Kalau nak tahu, cara paling mudah untuk kita screenshot di laptop / PC bagi pengguna Microsoft adalah dengan Snip & Sketch (Snipping Tools).
Tool ini sudah tersedia dalam laptop Windows.
Caranya adalah seperti berikut :
1. Cari ikon pada Windows dengan menaip : Snipping Tool (rujuk gambar di bawah)
2. Screen anda akan bertukar kelabu sedikit dan cursor akan berubah menjadi simbol + untuk anda mula screenshot bahagian yang anda inginkan.
Anda boleh pilih sama ada ingin membuat tangkapan skrin penuh atau sebahagian saja melalui ikon Mode seperti di bawah:
3. Tarik cursor sehingga anda dapat screenshot yang diinginkan kemudian lepaskan cursor.
Siap!
Paparan seperti di bawah akan muncul dan anda boleh tekan ikon SAVE untuk simpan screenshot tadi dalam fail JPEG / JPG / PNG.
Anda juga boleh terus paste (Tekan CTRL+V) pada dokumen anda.
Selamat mencuba!
#2: Screenchot Guna Chrome Browser (ScreenCapture)
Jika anda selalu menggunakan fungsi screenshot semasa melayari Chrome, anda boleh cuba cara ini untuk print screen dengan mudah.
Cuma untuk cara ini, anda perlu download extension ScreenCapture di Chrome Web Store.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Search Screen Capture di Chrome Web Store dan tekan Add Extension.
2. Pergi ke laman web yang anda ingin screenshot.
3. Tekan ikon puzzle untuk aktifkan extension Screen Capture.4. Klik Whole Page Screenshot jika anda ingin screenshot seluruh page sampai ke bawah.
5. Jika anda mahu screenshot bahagian tertentu, klik Capture area dan adjust petak untuk screenshot kawasan yang anda inginkan.
Kredit Foto : makeuseof.com
6. Sebaik sahaja anda screenshot, satu tab baru akan muncul untuk anda edit dan save screenshot tadi. Anda boleh crop, tambah text, arrow dan macam-macam lagi tanpa perlu buka app atau website lain. Inilah keistimewaan Screen Capture!
Kredit Foto : makeuseof.com
7. Akhir sekali, anda boleh save screenshot dalam bentuk pdf atau png.
Siap!
Baca juga: Cara Dapatkan Semula Gambar Yang Terpadam Di Whatsapp
#3: Cara Screenshot Full Page Tanpa Gunakan Extension
Kalau anda malas nak download extension, anda juga boleh screenshot full page dengan menggunakan Chrome’s Developer Tools. Dengar macam susah, tapi sebenarnya senang saja.
Sebelum kita mulakan, anda perlu ingat cara ini hanya sesuai untuk website content dan tak sesuai untuk website app seperti Facebook atau Twitter.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Buka tab Chrome baru.
2. Klik ikon tiga titik bertindik di bahagian kanan atas dan cari More tools. Klik pada Developer tools.
3. Kemudian, tekan ikon tiga titik bertindih dan pilih Run Command. Anda juga boleh tekan Ctrl+Shift+P untuk Windows atau Command+Shift+P pada Mac.
4. Taip ‘screenshot’ dalam search box.
5. Pilih ‘Capture full-size screenshot’.
6. Bila Chrome sudah ambil screenshot, gambar tersebut akan disimpan di dalam Download.
4. Satu popup Snip & Sketch akan timbul di kanan bawah untuk anda edit dan save screenshot tadi. Anda boleh save dalam format jpg atau png.
Baca juga: Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps
Mudah Kan?
Kalau anda tahu caranya, tidak susah pun untuk screenshot menggunakan laptop atau PC. Anda juga tak perlu bantuan website atau app lain untuk lakukannya.
Gunakan Chrome browser pun boleh! Bagi pengguna Microsoft, anda juga boleh gunakan Snip & Sketch untuk kaedah yang lebih mudah dan pantas.
Cukup ringkas dan tak memeningkan kepala. Selamat mencuba!
Sumber :
- How to Take a Full-Page Screenshot in Chrome and Firefox https://www.makeuseof.com/how-to-full-page-screenshot-chrome-firefox/?utm_source=MUO-FB-P&utm_medium=Social-Distribution&utm_campaign=MUO-FB-P