Ini Harga Rasmi Huawei Nova Terbaharu. Berbaloi!

Minggu lepas, Huawei mengumumkan akan melancarkan peranti pintar terbaharu untuk pasaran tempatan dan hari ini dengan rasminya Huawei Nova 8 telah pun dilancarkan.

Terdapat sedikit perbezaan spesifikasi iaitu Huawei Nova 8 untuk pasaran tempatan menggunakan cip pemprosesan Kirin 820E berbanding pasaran China iaitu Kirin 985.

Pihak Huawei menjelaskan walaupun prestasi cip Kirin 820E rendah berbanding Kirin 985 namun haba yang dihasilkan oleh cip pemprosesan tersebut adalah rendah terutama ketika gaming.

Peranti pintar ini menggunakan skrin berukuran 6.57 inci dengan paparan OLED FHD+ dengan kadar segar skrin 90Hz.

RAM yang didatangkan sebesar 8GB dan dilengkapi dengan storan 128GB. Peranti pintar ini menyokong pengecasan pantas 66W dan dipadankan dengan bateri sebesar 3800mAh.

Pada bahagian belakang peranti pintar ini terdapat empat kamera yang terdiri daripada 64MP bagi kamera utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro, 2MP depth dan berserta kamera swafoto dibahagian hadapan adalah 32MP.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti pintar ini adalah capaian 4G LTE, Bluetooth 5.0, NFC, pengimbas cap jari sisi dan menggunakan sistem operasi sendiri iaitu Harmony OS yang menjalankan antaramuka EMUI 12.

Harga yang diletakan untuk peranti pintar baharu ini ialah RM1899 dan boleh didapati diatas kedai talian seperti Shopee, Lazada dan laman rasmi Huawei Malaysia.

Bagi setiap pembelian, pihak Huawei turut memberikan secara percuma berupa Huawei Cloud 200GB selama 1 bulan, baucer eksklusif berserta kotak hadiah dan semua hadiah ini boleh didapati selagi stok masih ada.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: