Viral Video Kanak-kanak Didera Kerana Tak Mahu Makan Nasi

KAJANG : Polis menahan seorang wanita tempatan dan lelaki Warganegara Singapura selepas video mereka mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kediaman di Taman Perumahan di Beranang, Selangor tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pada jam 12.15 tengah malam tadi pihak Ibupejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan polis berkaitan kes penderaan dan mencederakan kanak- kanak dan satu siasatan telah dijalankan.

Kejadian dikatakan berlaku pada 18/07/2022 disebuah Taman Perumahan di Beranang Selangor.

“Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api”

“Pengadu dalam kes ini seorang lelaki berusia 20 tahun membuat laporan bahawa mangsa merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri telah dicederakan atau didera oleh pasangan tersebut”

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk telan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mangsa merupakan seorang kanak kanak perempuan berusia anggaran 4 tahun, merupakan anak kepada Warganegara Indonesia, dimana kelahiran mangsa tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri”

Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak bulan April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk telan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif”

“Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api”

blank

Sumber: Papadorm

Bertindak atas laporan diterima, Polis Kajang telah bertindak menyelamatkan mangsa pada jam 2.30 pagi Junaat dan telah membuat tangkapan ke atas seorang wanita dan lelaki Melayu Singapura di sebuah rumah di taman perumahan di Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30an”

Tahanan reman dibenarkan selama 7 hari sehingga 28 Julai 2022.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badan”

Kes disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

blank

Sumber: Buletin TV3