Xiaomi Mendedahkan Poster Tablet Terbaharu

Beberapa bulan lepas, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa syarikat Xiaomi akan melancarkan tablet terbaharu. Tablet terakhir daripada syarikat Xiaomi adalah Mi Pad 4 yang dilancarkan pada tahun 2018.

Xiaomi Mi Pad 5 merupakan tablet terbaharu dan dijangka akan dilancarkan pada bulan ogos ini. Jika kita lihat poster dibawah, tablet kali ini dilengkapi dengan dua kamera dibahagian belakang berserta LED flash.

Kamera belakang Mi Pad 5 ini akan dilengkapi dengan 48MP dan bagi rekaan panel skrin, ianya didatangkan dengan bazel yang lebih nipis berbanding Mi Pad 4 berserta paparan resolusi 2k berserta kadar segar skrin 120Hz.

Mi Pad 5 juga dijangka menggunakan cip daripada Qualcomm iaitu snapdragon 860.Ianya juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 67W .

Menurut beberapa sumber, terdapat variasi lain bagi Mi Pad 5 namun ianya menggunakan cip snapdragon 870 dan modul kamera yang berbeza. Ianya dijangka dilancarkan lebih awal berbanding Mi Pad 5 versi snapdragon 860.

Terdapat juga peranti lain yang akan bakal dilancarkan bulan hadapan seperti Mi 11 CC 11 dan Mi MIX 4 setelah menerima pengesahan dari laman 3C di china. Oleh itu, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi nanti.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: