“Report Ramai-ramai!” Netizen Berang Tengok Konten Tiktok Mariam Hadid
KONTEN VIDEO MELAMPAU AKAUN TIKTOK MARIAM HADID CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Baru-baru ini kecoh dengan pelbagai laporan tentang perbuatan individu yang menghina Islam di media sosial.
Sudah tentu, ramai yang tidak senang duduk dan berasa kesal dengan tindakan seperti ini.
Terkini, dilaporkan sebuah akaun Tiktok dengan nama Mariam Hadid telah menjadi viral akibat kelakuan melampau mempersendakan Islam.
Siapa Pemilik Akaun Tiktok Mariam Hadid?
Gadis yang berhijab itu dilihat melakukan aksi-aksi melampau dengan memperolok-olokkan perbuatan membaca al-Quran, posisi ketika solat dan lafaz-lafaz suci Islam.
Tidak diketahui sama ada dirinya adalah pengaut Islam ataupun sebaliknya.
Melihat pada profilnya pula, dia turut mengaku sebagai Nabi Wanita yang pertama.
Aksi penghinaan terhadap Islam.
Mengakui dirinya sebagai ‘nabi wanita’.
Maklumat lanjut tentang gadis ini tidak diketahui umum, namun ramai yang beranggapan dia mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk menaikkan kemarahan umat Islam.
Di samping itu, ramai turut kesal dengan Tiktok kerana tidak menapis dan membiarkan konten seperti terus kekal di platform terbabit sehingga Mariam Hadid mempunyai 70,000 follower dan jutaan views pada videonya.
Malah, difahamkan dia turut mempunyai beberapa akaun lain sebagai backup sekiranya akaun tersebut disekat.
https://vt.tiktok.com/ZSRFVfSGH/
Baca juga: SENARAI CUTI SEKOLAH / HARI KELEPASAN AM MALAYSIA 2023
Apa Tindakan Kita?
Apa tindakan yang perlu kita lakukan sebagai umat Islam? Perlukah kita melakukan sesuatu atau adakah lebih relevan jika kita mengikut nasihat Imam Syafie?
ﺍِﺫَﺍ ﻧَﻄَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻔِﻴْﻪُ ﻭَﺗُﺠِﻴْﺒُﻬُﻔَﺦٌﺮْﻳَ ﻣِﻦْ ﺍِﺟَﺎﺑَﺘِﻪِ ﺍﻟﺴُّﻜُﻮْﺕُ
“Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak menanggapi.”
ﻓَﺎِﻥْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻪُ ﻓَﺮَّﺟْﺖَ ﻋَﻨْﻬُﻮَﺍِﻥْ ﺧَﻠَّﻴْﺘُﻪُ ﻛَﻤَﺪًﺍ ﻳَﻤُﻮْﺕُ
“Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka ia akan selalu menyakiti hati”
ﻗَﺎﻟُﻮْﺍ ﺳَﻜَﺖَّ ﻭَﻗَﺪْ ﺧُﻮْﺻِﻤَﺖْ ﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻬُﻤْﺎِﻥَّ ﺍﻟْﺠَﻮَﺍﺏَ ﻟِﺒَﺎﺏِ ﺍﻟﺸَّﺮِ ﻣِﻔْﺘَﺎﺡُ
“Apabila ada orang bertanya kepadaku,’jika ditantang oleh musuh, apakah engkau diam?’
” Jawabku kepadanya: “Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya.”
ﻭَﺍﻟﺼُّﻤْﺖُ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﻫِﻞٍ ﺃَﻭْ ﺃَﺣْﻤَﻖٍ ﺷَﺮَﻓٌﻮَﻓِﻴْﻪِ ﺃَﻳْﻀًﺎ ﻟِﺼَﻮْﻥِ ﺍﻟْﻌِﺮْﺽِ ﺍِﺻْﻠَﺎﺡُ
“Sikap diam terhadap orang yang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.”
Saranan menjauhi mereka ini sangat tepat dengan firman Allah swt :
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: “”Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil (Al-Qasas : 55)
Juga kata-kata Imam As-Syafie
إذا نطق السفيه فلا تجبه … فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih’ ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya…maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.