Cara Buat Notifikasi Apabila Bateri Penuh. Mudah Saja!

Tahukah anda bateri telefon pintar anda mempunyai kitaran hayatnya? Jika kita tidak menjaga bateri telefon ketika sedang mengecaj, ianya akan memendekkan hayat bateri dan kapasiti bateri.

Antara penyebab dan punca bateri cepat rosak adalah tidak menggunakan wayar dan pengecas yang padan, mengecas bateri tetapi tidak sehingga kapasiti penuh dan membiarkan bateri penuh dalam keadaan dicas terlalu lama.

Setiap telefon pintar tidak mempunyai kapasiti bateri yang sama. Jadi kebanyakan kita akan mengecas telefon waktu malam sebelum tidur dan akan membiarkannya dalam keadaan cas sehingga pagi.

Sebenarnya ada cara untuk pastikan bateri telefon yang telah dicas penuh memberi notifikasi kepada empunya telefon. Ianya boleh dibuat hanya dengan hanya membuat tetapan.

Cara ini dikongsikan secara bebenang oleh @atenkot di laman Twitternya.

Bagaimanapun tetapan ini hanya boleh dibuat di telefon pintar jenis iPhone yang telah dikemas kini dengan sistem operasi IOS14 sahaja. Tidak dapat dipastikan jika telefon pintar dan perisian lain juga boleh melakukan tetapan ini.

Anda yang ingin mencuba tetapan ini boleh ikuti video yang dimuat oleh @atenkot ini.

Notifikasi Akan Berbunyi Apabila Bateri Penuh

Cara Tukar Ton Bunyi Notifikasi

Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: