in

Huawei Tawarkan Diskaun Istimewa Sempena PC Carnival Week

ADVERTISEMENT

Bersempena dengan Huawei PC Carnival Week yang akan berlangsung bermula 25 Oktober hingga 31 Oktober 2021, Huawei akan menawarkan diskaun untuk produk komputer riba mereka.

Pembeli mempunyai peluang untuk menerima potongan sehingga 20% dan barangan percuma yang bernilai hingga RM806 untuk setiap pembelian.

ADVERTISEMENT

Baca juga: Promosi Untuk Peranti Xiaomi Sempena Pembukaan 10 Kedai Baharu Di Malaysia

Dengan Harga yang mampu milik, Huawei MateBook D14 sangat sesuai untuk anda yang mencari komputer riba yang mempunyai ketahanan bateri yang lama namun dengan bajet yang rendah. Selain itu, MateBook D14 hanya mempunyai berat 1.38kg.

Bagi anda yang memerlukan pelbagai tugas serentak menggunakan komputer riba, Huawei MateBook D15 adalah jawapannya. Ini kerana komputer riba ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Gen 10 atau cip pemprosesan Intel Core Gen 11.

Baca juga: Windows 11 Boleh Dimuat Turun Secara Rasmi

Bagi anda yang inginkan lebih dari itu, Huawei MateBook 14 adalah komputer riba yang lebih berkuasa yang sesuai untuk anda. Dikuasakan dengan cip pemprosesan AMD, pengguna lebih mudah untuk melakukan kerja-kerja berat yang pelbagai secara serentak.

Bagi mereka yang tidak minat untuk menggunakan komputer riba, Huawei MateStation S adalah komputer kompak yang dikuasakan dengan AMD Ryzen 5 4600G. Ianya turut datangi dengan paparan 23.8 inci FHD.

Berikut adalah harga bagi peranti-peranti tersebut:

  • HUAWEI MateBook D14 2021 Intel i3 10 th (8+256GB) – RM2,299 RM2,699
  • HUAWEI MateBook D15 i5 10 th (8+512GB) – RM2,999
  • HUAWEI MateBook D15 i5 11 th (8+512GB) – RM3,699
  • HUAWEI MateBook 14 2021 Q3 AMD R5 4000X (8+512GB) – RM3799 RM3999
  • HUAWEI MateStation S + HUAWEI Display 23.8 AD80 Bundle – RM2,899 RM3,176

Jika berminat untuk membeli produk ini, anda boleh membeli terus di kedai atas talian HUAWEI, atau boleh juga ke laman rasmi Shopee atau Lazada Huawei.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lagu negaraku

Lagu Negaraku: Sejarah, Maksud, Skor Muzik, Asal-usul & Pencipta Lirik

14 Tempat Menarik Di Pulau Pinang (Terkini 2021)