in

Windows 11 Boleh Dimuat Turun Secara Rasmi

ADVERTISEMENT

Setelah sekain lama menanti, akhirnya Windows 11 secara rasminya boleh dimuat turun ke komputer peribadi.

Untuk peringkat awal ini, kemas kini tersebut boleh dimuat turun secara percuma buat pengguna yang sedang menjalankan sistem operasi Windows 10 pada komputer mereka kerana Windows 11 telah dipra-pasangkan.

ADVERTISEMENT

Microsoft kemudiannya akan mula memperkenalkan kemas kini secara berperingkat melalui tetapan Windows update. Pengguna juga boleh melihat status Windows Update mereka untuk beberapa minggu ini.

Bagi pengguna Windows 10 sedia ada, sekiranya peranti anda menyokongnya, anda akan menerima notifikasi melalui Windows Update apabila kemas kini tersedia untuk anda.

Micosoft menyasarkan semua peranti yang menyokong spesifikasi Windows 11 akan menerima Windows 11 menjelang pertengahan 2022 kelak.

Antara perubahan dan penaik tarafan yang dibuat di dalam Windows 11 adalah seperti rekaan yang lebih minimalis dengan susun atur yang baharu, sekuriti serta privasi yang dipertingkatkan dan juga aplikasi Android yang boleh dijalankan terus dari dalam sistem operasi Windows 11 menerusi Microsoft Store.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita Cina ‘Review’ Van Jenazah Undang Respon Hangat Dari Netizen

Promo Code KFC Oktober 2021: Cara Tebus Diskaun 30% Melalui Apps