Iphone Kini Boleh Ber-FaceTime Dengan Pengguna Android Dan Windows
Pada 15 September yang lalu Apple telahpun melancarkan produk baharunya dan salah satunya ialah iPhone 13. Pelancaran iPhone 13 juga termasuk dengan kemas kini sistem operasi dan perisian terbaharu iaitu iOS 15.
Antara ciri menarik di dalam iOS 15 ialah ianya menawarkan fungsi FaceTime dengan pengguna-pengguna yang tidak menggunakan iPhone atau peranti Apple seperti Android dan Windows.
Perkara ini disahkan sendiri Apple melalui akaun Twitter Apple Support mengatakan di dalam sistem operasi iOS 15 dan iPadOS 15, pengguna peranti Apple boleh berkongsi link yang membolehkan rakan-rakan lain menyertai panggilan melalui pelayar web.
Langkah ini dilihat sebagai keterbukaan Apple bagi membolehkan aplikasi miliknya diakses pengguna daripada peranti selain daripada Apple. Perkara ini bakal melebarkan lagi alternatif perkhidmatan panggilan video untuk berhubung dengan rakan-rakan anda.
FaceTime, now with more faces. 🤩
— Apple Support (@AppleSupport) September 20, 2021
In iOS 15 and iPadOS 15, you can send a FaceTime link that people can join from a compatible web browser on an Android or Windows device. Here’s how: https://t.co/CzJSb2qu6R pic.twitter.com/0087KB4T9b