Skil Asas Fotografi Untuk Dapat Gambar Seperti Professional Semasa Travel
Sewaktu bercuti dan travel ke tempat orang, pastinya mengambil gambar adalah satu kemestian sebagai kenangan bila pulang nanti. Bukan sahaja kenangan untuk diri sendiri tetapi juga untuk tatapan anak dan cucu dikemudian hari.
Namun tanpa skil asas fotografi, gambar yang terhasil pasti tidak memuaskan seperti blur, senget, tidak fokus, terlalu penuh dengan subjek. Gambar seperti ini sangat tidak cantik untuk dijadikan kenangan.
Jadi artikel kali ini kami nak kongsikan dengan pembaca skil asas fotografi yang boleh anda aplikasikan setiap kali anda ingin mengambil gambar.
1 – Pilih Waktu Yang Sesuai
Pencahayaan adalah perkara paling asas dalam fotografi. Jika anda bukan seorang yang professional fotografer, perlu anda tahu waktu yang terbaik untuk bergambar. Jika siang hari ialah pada waktu pagi (sunrise) dan jika malam hari pada waktu matahari terbenam (sunset).
Ini kerana pada waktu ini cahaya yang dihasilkan adalah lembut dan sedap mata memandang. Elakkan pada waktu tengah hari kerana cahaya yang dihasilkan terlalu tinggi bakal membuatkan gambar anda “overexposed”.
Waktu pagi dipanggil sebagai “golden hour” manakala waktu matahari terbenam pula digelar “blue hour.” Blue hour adalah sejam selepas atau sejam sebelum matahari terbenam.
2. Lokasi
Destinasi yang popular sudah semestinya ramai orang. Jadi, sebagusnya sebelum memulakan percutian anda, lakukan sedikit kajian lokasi yang kurang perhatian namun tetap cantik. Anda boleh lakukan carian di internet atau media sosial.
Ini kerana lokasi yang terlalu ramai orang akan menyukarkan anda untuk mengambil gambar yang cantik tanpa gangguan orang lalu lalang.
3. Rule Of Thirds
Rule of Thirds adalah antara asas dalam fotografi untuk memberi keseimbangan kepada gambar yang dihasilkan. Teknik ini adalah dengan mengaplikasikan susunan elemen visual atau komposisi imej sebanyak 1/3 atau 2/3 dalam frame gambar anda.
Anda boleh hidup grid dalam tetapan kamera anda untuk memudahkan anda menggunakan teknik ini. Jika teknik asas ini anda amalkan sentiasa apabila menangkap gambar, pasti hasilnya memberangsangkan.
4 – Subjek Di Tengah
Kadang kala, “rules are meant to be broken”. Ini bermakna kalau anda rasa subjek kelihatan sangat sesuai untuk berada di tengah-tengah grid, anda bebas untuk mengikut kreativiti sendiri.
Sebagai contoh untuk mengambil gambar jarak dekat, close up ataupun potrait, sangat cantik untuk subjek berada ditengah-tengah. Ini kerana latar belakang akan menjadi kabur, dan subjek akan menjadi lebih terfokus.
5 – Masukkan Elemen Atau Prop
Cuba masukkan elemen foreground (latar depan), midground (latar tengah) dan juga background (latar belakang) juga. Sekiranya subjek anda ialah banjaran gunung, cari haiwan, pokok bunga, sungai atau batuan yang cantik untuk dimasukkan sebagai foreground.
Elemen atau prop ini penting untuk menghidupkan lagi gambar yang dihasilkan. Anda perlu bersabar mencari sudut yang berbeza untuk mendapatkan frame yang cukup dengan elemen atau prop yang anda mahukan untuk hasilkan gambar yang memuaskan.
6 – Gunakan Tripod Atau Stabilizer
Gambar yang cantik adalah gambar yang stabil tanpa gegaran atau kabur. Jadi sangat penting untuk mendapatkan kestabilan ketika fotografi. Jadi peralatan yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan kestabilan itu ialah tripod ataupun stablizer.
Kestabilan camera sangat perlu lebih lebih lagi jika anda ingin menggunakan ISO dan aperture yang rendah. Untuk menghasilkan gambar menggunakan tetapan ini akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan foto lanskap yang sempurna. Sebagai contoh untuk mengambil gambar pemandangan seperti air terjun, bintang di langit malam atau keadaan gelap (low light).
7 – Shoot Dengan Format RAW
Bila anda mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital, cip komputer yang terdapat dalam kamera akan mengambil gambar yang anda tangkap melalui sensor untuk ditukarkan dalam bentuk format tertentu supaya ia mudah dibaca oleh sistem. Bagi kebanyakan kamera, format yang ditawarkan ialah JPEG dan RAW.
JPEG ialah compressed format (format yang dimampatkan) supaya dapat menjimatkan ruang. Dalam proses pemampatan format, banyak data hilang / ‘terkunci’ daripada foto yang diambil yang menyebabkan gambar yang dihasilkan tidak begitu berkualiti tinggi.
Namun dengan menggunakan format RAW, setiap inci data dikekalkan sehingga menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi. Ini juga bermaksud anda boleh sunting foto yang telah diambil dengan lebih efektif.Salurkan Kreativiti Melalui Mode Manual
8 – Gunakan Tetapan Manual
Jika anda suka untuk mencuba, gunakan tetapan manual ketika mengambil gambar. Ambil peluang untuk mengawal setiap aspek foto yang diambil seperti tetapan ISO, aperture dan juga shutter speed. Untuk mendapatkan hasil gambar yang baik, anda perlu meluangkan masa untuk belajar tentang hubungan antara ketiga-tiga tetapan ini.
Walaupun anda tidak mempunyai kamera DSLR dan hanya menggunakan telefon bimbit, anda masih boleh menggunakan tetapan manual untuk mengambil gambar.
9 – Sentiasa Bawa Kamera Ke Mana
Permandangn yang cantik tak semestinya tersedia untuk anda apabila anda sedang memegang kamera. Jadi sangat rugi jika sesuatu yang cantik untuk dirakamkan tetapi tiada kamera di tangan.
Dalam dunia fotografi ada pepatah mengatakan, “kamera yang terbaik ialah kamera yang ada dalam tangan.” Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan atau peluang untuk mengambil gambar.
Sesuatu ketika atau moment yang terbaik seperti pemandangan matahari yang indah, street performance, haiwan yang comel dan sebagainya tidak menunggu anda!
10 – Post-Processing
Gambar yang dihasilkan tidak semestinya terbaik. Ada yang juga perlu disunting untuk menghasikan gambar terakhir yang paling terbaik. Untuk suntingan, kebanyakan jurugambar akan menggunakan editing software seperti Lightroom, Photoshop atau GIMP.
Post-process ialah sebahagian daripada proses penting dalam fotografi. Suntingan selalunya dibuat untuk mengubah kontras, menajamkan elemen-elemen dalam imej, melembutkan tona warna, mengurangkan highlight, mengurangkan sensor noise dan sebagainya dengan menggunakan software.
Terdapat banyak video tutorial yang boleh ditonton untuk mengetahui dengan mendalam tentang teknik-teknik ini.
11 – Guna Burst Mode
Tetapan burst mode bermaksud mengambil beberapa gambar dengan hanya satu kali tekanan butang shutter. Ini banyak membantu terutama apabila anda sedang mengambil gambar aksi seperti street performance, suasana festival yang meriah atau sebagainya.
Tetapan ini juga penting sekiranya anda mendapatkan bantuan orang lain untuk mengambil gambar lebih-lebih lagi jika anda sedang freestyle atau lompat. Ini membolehkan anda akan memilih mana-mana daripada kesemua foto yang telah diambil dengan hanya sekali tekan.
Dah faham skil yang kami kongsikan di atas? Jangan lupa aplikasikan apa yang dipelajari di sini ketika mengambil gambar. Semoga berjaya!