Ini Kesan Penggunaan Pengecasan Pantas Xiaomi 200W Pada Hayat Bateri
Pengecasan pantas sememangnya menjadi pilihan orang ramai. Namun di sebalik kelebihannya, ada juga kelemahannya. Antaranya adalah pengecasan pantas akan menyebabkan mendegradasi hayat bateri peranti dengan lebih pantas.
Syarikat Xiaomi turut menyatakan di dalam soal jawab di akaun Weibo hari ini bahawa penggunakan pengecasan pantas akan menyebabkan kapasiti bateri mencapai sekitar lebih 80% sahaja setelah 800 kitaran pengecasan ataupun lebih kurang 2 tahun penggunaan jika ia dicas penuh setiap hari.
Sebagai contoh bateri berkapasiti 4000mAh akan mencapai keupayaan bertahan hanya sekitar 3200mAh apabila menggunakan pengecas 200W.
Namun begitu, syarikat Xiaomi menekan bahawa konsep bateri adalah sama dan mematuhi piawaian di China di mana kapasiti bateri perlu sekitar 60% selepas 400 kitaran pengecasan. Ianya adalah normal jika peranti kerap dicas penuh, hayat bateri peranti terbabit akan lebih cepat berkurang tidak kira berapa laju pengecas yang digunakan.
Selain daripada jenama Xiaomi, jenama Oppo juga turut membawa kepada kesan sama apabila menggunakan pengecasan pantas iaitu penurunan sekitar 80% selepas 800 kitaran pengecasan apabila menggunakan pengecas 125W.
Jadi anda sebagai pengguna peranti pintar, adakah anda rasa penggunaan pengecasan pantas ini berbaloi kerana ianya memberi kesan kepada kapasiti bateri peranti anda. Ataupun adakah anda rasa setiap peranti pintar memerlukan saiz bateri yang lebih besar? Kongsikan pendapat anda.