in ,

‘Touch Screen’ Tidak Berfungsi Dan Rosak? Ini Solusi Alternatif Anda Boleh Guna

ADVERTISEMENT

Pernah tak telefon pintar atau peranti anda rosak akibat terjatuh. Dan paling tidak bernasib baik ialah yang rosak adalah bahagian skrin sesentuh yang membuatkan ianya tidak lagi responsif terhadap sentuh.

Pasti sukar untuk anda menggunakannya sementara menunggu telefon pintar yang baharu dan mungkin akan menyukarkan proses membuat salinan kepada telefon pintar baharu.

ADVERTISEMENT

Maalh, jika anda tidak berhasrat tidak berhasrat untuk menggantikan skrin dalam tempoh terdekat pastinya sukar untuk anda menggunakan telefon pintar anda.

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya anda boleh menyelesaikan masalah untuk mengawal skrin telefon pintar anda dengan menggunakan tetikus.

Khas untuk pengguna Android, anda boleh menyambungkan telefon pintar anda dengan tetikus melalui sebuah dongal yang dipasang di lubang pengecas. Ini kerana peranti Android telah menyediakan sokongan input berasaskan tetikus.

Apa yang menariknya, anda tidak memerlukan pengesahan peranti tetikus dan anda boleh terus menggunakan tetikus tersebut untuk mengakes telefon pintar anda.

Adakah anda kaedah ini membantu anda? Jika ya jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Jika anda rasa ada cara lain lagi untuk membantu orang lain di luar sana yang menghadapi masalah skrin tidak berfungsi bolehlah berkongsi dengan kami.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

aduan skmm barang pos hilang tak bergerak

Bukan Setakat Telco, Barang Kurier Hilang Pun Boleh Buat Aduan SKMM

Resepi Laksa Homemade. Lengkap Sekali Cara Buat Laksa Beras!