Cara Buka Akaun ASB Secara Online. Lagi Mudah & Cepat!
CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)
Sejak berlakunya penyebaran wabak pandemik di seluruh dunia termasuk Malaysia, banyak perkara dan urusan yang ingin dibuat menjadi tersekat. Antaranya ialah urusan yang membabitkan perbankan dan lain-lain lagi.
Ini disebabkan kita harus mengikuti SOP yang dicipta oleh kerajaan dalam mengehadkan kemasukan orang di dalam permis bagi mengelakkan penyebaran wabak.
Namun begitu tahukah anda setengah urusan boleh dilakukan secara atas talian sahaja seperti pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Pembukaan akaun akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini boleh dibuka hanya dengan menggunakan telefon pintar dan capaian internet.
Umum ketahui, ASB adalah platfom pelaburan risiko yang rendah yang menjana pulangan faedah dalam jangka masa panjang kepada pelabur.
Untuk anda yang berhasrat untuk membuka akaun baharu secara atas talian, anda boleh ikuti cara di bawah ini.
Cara Buka Akaun ASB Online
LANGKAH 1
Muat turun aplikasi myASNB di – App Store, Play Store atau App Gallery.
LANGKAH 2
Kemudian, tekan daftar. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan juga nombor telefon. Masukkan nombor kata laluan sekali guna (OTP) yang dihantar kepada anda.
LANGKAH 3
Lengkapkan butiran peribadi anda termasuk maklumat nombor akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri.
LANGKAH 4
Lengkapkan dokumen pengistiharan diri dan maklumat pekerjaan (bagi tujuan jaringan produk yang sesuai untuk anda).
LANGKAH 5
Buat pengesahan identiti perlu dibuat dengan mengambil gambar MyKad dan rakam video swafoto.
LANGKAH 6
Setelah pengesahan identiti diluluskan, log masuk seperti nama pengguna, frasa keselamatan dan kata laluan yang ada tetapkan pada langkah awal tadi.
LANGKAH 7
Setelah selesai, anda boleh mulakan pelaburan baharu pertama anda dengan RM10.
VIDEO TUTORIAL
Sekiranya anda menghadapi masalah, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB – 03-77308899 (8 pagi-10 malam) atau emel ke [email protected]