Samsung Akan Berkolabrasi Dengan Olympus Untuk Peranti Pintar Terbaharu?

Baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa syarikat Samsung akan berkolabrasi dengan Olympus iaitu pengeluar kamera yang terkemuka dari jepun.

Desas-desus ini sudah berlegar di laman sesawang dan media sosial sejak beberapa bulan lalu. Jika terbukti benar, syarikat Samsung akan mengikuti jejak langkah pengeluar peranti pintar seperti Vivo, OnePlus, Realme, Sony dan juga Huawei.

Samsung Galaxy S22 merupakan peranti pintar yang dikhabarkan akan menggunakan kamera dari Olympus. Ianya akan dilengkapi dengan 5 lensa dengan 200MP bagi lensa utama dan turut hadir sokongan S-Pen seperti yang ada di Galaxy S21 Ultra.

Mengikut beberapa sumber, Samsung Galaxy S22 ini akan dilancarkan pada januari 2022 sama seperti pelancaran Samsung Galaxy S21 pada bulan januari tahun lalu.

Kerjasama antara pengeluar peranti pintar dan juga syarikat kamera tidak asing lagi. Jika terbukti benar, ini buat pertama kalinya syarikat Samsung akan menggunakan kamera dari sumber luar.

Seperti yang kita ketahui, syarikat Samsung antara peneraju dalam teknologi kamera peranti pintar.  Oleh itu, kolabrasi antara Samsung dan Olympus mungkin bermanfaat dari sudut pemasaran.

Sumber: pulsenews, sammobile

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: