Cara Ambil Kehadiran Google Meet Automatik Tanpa Form / Extension

Ciri Terbaru Google Meet & Cara Ambil Kehadiran Automatik Melalui Google Meet

Ramai antara kita yang gunakan Google Meet untuk tujuan PdPR dan work-from-home.

Tahukah anda, Google Meet kini memudahkan kita mengambil kehadiran dengan features terbaru yang automatik!

Tak perlu install apa-apa extension lagi, senarai kehadiran akan terus masuk ke e-mail kita.

Di sini kami kongsikan perkongsian oleh Suhanna Zainuddin dan Nur Fara Asrab tentang beberapa ciri terbaru Google Meet.

Cara Ambil Kehadiran Automatik Google Meet

Ok sejak semalam wall FB saya dibanjiri dengan cerita aktiviti baru yg ada dalam GM yg menggunakan Delima. Jadi kelas saya hari ni saya mencubanya dengan murid.

Jika sebelum ini kita memerlukan extension tetapi sekarang tak perlu lagi segala macam extension tu kerana semuanya tersedia secara built-in di Google Meet baharu.

So saya nk review sikit pengalaman menggunakannya sepajang kelas tadi. Apa2 pun mmg features baru ni menarik dan saya percaya ia akan menjadi lebih menarik sedikit masa lagi

Satu perkara paling menarik kita akan dapat KEHADIRAN melalui mail secara AUTOMATIK. Dah tak perlu install extension bagai dah.

Cara nak ambil kehadiran automatik melalui Google Meet ni senang sangat.

Selepas selesai sesi perkongsian / kelas, email akan dihantar secara automatik termasuk masa lagi. Memang detail!

Boleh rujuk contoh e-mail seperti di bawah.

kehadiran google meet
Sumber: Nur Fara Asrab

Dalam email itu akan ada maklum balas polls serta KEHADIRAN secara automatik kita dapat tanpa perlu add extension lagi.

Murid pakai email biasa pon akan direkod kehadirannya.

kehadiran google meet

NOTA:

  • Mesti pakai email Delima MOE
  • Seeloknya kalau nak buka e-mail ni guna laptop ya sebab ada sesetengah handphone yang tak ada Google Drive atau tak support file tu.

OK, bagi yang tak ada email Delima MOE, anda masih boleh rekodkan kehadiran menggunakan extension dengan mudah.

Caranya boleh rujuk melalui video yang dikongsikan oleh Niss Fharid melalui Facebook di bawah ini:

Sumber: Niss Fharid

Mudah kan cara ambil kehadiran Google Meet yang terbaru ni? Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan kerja seharian.

Baik, ada 5 lagi features / ciri terbaru Google Meet yang boleh anda explore.

Jom kita baca seterusnya perkongsian oleh Suhanna Zainuddin ini.

5 Lagi Ciri Terbaru Google Meet

Bagi yang belum tahu, selain kehadiran automatik Google Meet, Google Meet telah ditambah baik dengan beberapa features terkini seperti

  • Breakout rooms
  • Polls
  • Q&A
  • Recording
  • Whiteboarding
kehadiran google meet
  1. QnA Google Meet

Bila saya aktifkan aktiviti ni murid akan nampak paparan QnA di sebelah kanan skrin. Jadi boleh tanya dengab cara menaip. Cikgu pun boleh tanya murid tapi tak ada tempat utk mereka taip jawapan. Jadi saya kembali gunakan messages utk tanya pendapat murid2.

2. Polls

Kebiasaanya saya akan gunakan SLIDO/ mentimeter tapi sekarang dah ada dalam GM. Cuma hanya ada satu jenis poll shj yang disediakan. Saya yakin tak lama lagi Google akan upgrade pelbagai jenis polls lain.. best2. Lepas ni tak perlu share screen atau share tab lagi bila nak aktifkan polling. Kurang la kerja klik sana sini masa berGM

3. Breakout rooms

Wahh.. try gak tadi.. 100 breakout room boleh set uolss. Mampu ke nak handle. Kalau kita set banyak sgt tapi murid sikit je so akan ada bilik kosong. Yang bestnya ada timer mcm breakout room Zoom. Abis masa semua akan masuk automatik dalam main room.. yang ni saya suka.. kurang risiko murid sesat bilik. Kemudian guru boleh setting nama murid dalam setiap bilik dengan lebih mudah. Tapi yang tak bestnya cikgu tak boleh tengok semua bilik serentak. Kena keluar masuk bilik satu persatu.

Announcement juga tak boleh dibuat utk semua bilik drpd main.. kena masuk satiap bilik utk beritahu pengumuman. Tapi saya yakin tak lama lagi boleh buat sbb kalau guna extension semua ni boleh dilaksanakan. Kalau rakan guru ada feedback lain atau jumpa mana button yg saya tak jumpa utk control kelas dengan lebih baik boleh kongsi di ruang comment ya.

4. Recording

Macam biasa utk record sesi pengajaran dengan GM. Saya tak try pula tadi. Biasanya dia akan simpan terus kedalam Google Drive kita. Boleh share link video kepada murid2 lepas tu.

5. Whiteboarding

Cikgu boleh tulis2 guna Jamboard. Murid buka guna link yg automatik akan dikongsikan di messages. Saya kurang guna feature ni sekarang sebab dah guna Surface

Sedikit coretan drpd saya.. tq buat yang sudi membaca.

*Sumber: Suhanna Zainuddin

Baca juga: Ini Cara Buka Dokumen Dan Gambar Di Google Drive Tanpa Capaian Internet

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: