Ini Cara Buka Dokumen Dan Gambar Di Google Drive Tanpa Capaian Internet

Pada tahun 2019, Google Drive telah melancarkan satu mod dalam versi beta yang membolehkan dokumen dibuka ketika capaian internet lemah ataupun tiada.

Mod yang dimaksudkan itu ialah Available Offline dan kini ianya sudah tersedia secara umum dan boleh diaktifkan.

Seperti yang sedia maklum, Google Drive hanya boleh membenarkan pengguna melihat serta suntingan pada Google Docs, Sheets, dan Slides ketika tiada capaian internet.

Kini dengan adanya mod Available Offline, pengguna boleh melihat dengan mengaktifkan mod ini pada dokumen PDF, Microsoft Office dan juga gambar.

Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu membuka Google Drive di laman web. Kemudian klik kanan pada dokumen atau fail yang dikhendaki dan pilih mod Available Offline.

Kemudian muat turun aplikasi aplikasi Google Drive mengikut sistem operasi komputer sama ada di Windows ataupun Mac.

Fail atau dokumen yang diaktifkan dengan mod Available Offline ini dapat di akses tanpa capaian internet namun ianya perlu dibuka melalui aplikasi di komputer.

Pihak Google menjelaskan bahawa mod Available Offline ini akan tersedia sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Mod Available Offline ini juga akan diperluaskan lagi kepada pelanggan Google Workspace serta akaun-akaun peribadi.

Sumber: 9TO5Google

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: