Aplikasi Google Play Store Guna Format Baharu? Ketahui Lebih Lanjut Di Sini
Syarikat Google akan memansuhkan format APK bagi aplikasi android dan menggantikannya dengan format baharu iaitu Android App Bundle(AAB) dan ianya akan bermula pada bulan ogos 2021.
Oleh itu bermula bulan hadapan, aplikasi-aplikasi baharu yang akan berada di Google Play Store harus didatangkan dengan format Android App Bundle(AAB) justeru hanya “valid” untuk aplikasi-aplikasi baharu.
Kelebihan format baharu ini adalah, saiz aplikasi 15% lebih kecil berbanding format lama, APK sekaligus pengguna dapat memasang aplikasi dengan pantas dan menjimatkan ruang storan.
Pembangun-pembangun aplikasi pula akan dapat menghadirkan kemas kini aplikasi mereka dengan lebih mudah, pantas dan efisien tetapi ianya hanya terpakai pada Google Play Store sahaja.
Play Asset Delivery atau Play Feature yang menggantikan OBB akan digunakan oleh pembangun sekiranya aplikasi bersaiz besar sekaligus dapat mengurangkan pengedaran fail APK dan pembangun akan fokus kepada fail format AAB.
Bagi Huawei App Gallery atau Amazon App Store yang akan digunakan di Windows 11, pembangun perlu melakukan sedikit pengubahsuaian jika ingin menerbitkan dengan mengeksport fail APK secara manual.
Syarikat Google menyatakan bahawa pada ketika ini, sejumlah aplikasi sedang dibangunkan menggunakan AAB antaranya adalah seperti Netflix, Gameloft, Adobe dan banyak lagi.
Sumber: Android