Ramai Yang Keliru, JAKIM Perjelas Status Halal Minyak Yu Yee Cap Limau
“Halal ke minyak yu yee untuk bayi ni? Kenapa ada orang cakap tak halal?”
Mungkin ada yang pernah terbaca mesej-mesej yang diforwardkan atau status yang dikongsikan di Facebook tentang minyak yuyi yang biasa dipakai oleh bayi, atau nama rasminya, Minyak Yu Yee Cap Limau.
Sesetengah mendakwa bahawa minyak ini tidak halal dan mengandungi bahan-bahan yang meragukan untuk orang Islam.
Benarkah begitu?
Berikut kami kongsikan penjelasan oleh pihak JAKIM yang terkini, bertarikh 12 Februari 2022 tentang status halal minyak ini.
STATUS HALAL MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Soalan:
Adakah minyak Yu Yee memiliki Sijil Pengesahan Halal?
Jawapan:
Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
Antara kandungan minyak Yu Yi Cap Limau adalah:
- Peppermint Oil (36.0% w/v)
- Clove Oil (2.6% w/v)
- Nutmeg Oil (0.6% w/v)
- Menthol (1.6% w/v)
- Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
- Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
- Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)
Lihat direktori halal Malaysia
https://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.
Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari:-
www.halal.gov.my
Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia : https://www.facebook.com/HabHalalJakim
Baca juga:
- Lafaz Niat Solat Fardhu 5 Waktu (Berseorangan / Berjemaah)
- Lelaki Kongsi Tips Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan
Beberapa Produk Serupa
Sementara itu, orang ramai diingatkan berhati-hati kerana terdapat beberapa produk yang menyerupai minyak Yu Yee di pasaran.
Seperti dalam contoh di bawah ini, Minyak Yu Yi Cap Limau (kanan) mempunyai logo halal manakala Minyak Wong Cheung Wah – gambar kapal (kiri) tidak mempunyai logo halal.
Anda boleh membuat semakan produk ini secara online saja melalui portal Halal JAKIM untuk kepastian ok!