Lelaki Kongsi Tips Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan
Cara memanfaatkan Grabfood ads untuk peniaga dan tips meningkatkan jualan dari RM500 kepada RM20,000 hanya dalam masa 4 bulan sahaja!
Sejak tempoh PKP yang lalu, ramai yang dah mula berniaga kecil-kecilan untuk menjana pendapatan tambahan untuk kelangsungan hidup.
Dengan lebih ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, lebih ramai turut memilih untuk memulakan perniagaan online dan memanfaatkan kemudahan internet sedia ada untuk mempromosikan perniagaan.
FoodPanda dan GrabFood adalah antara perniagaan yang meningkat naik ketika musim pandemik.
Selain memudahkan pengguna, ia juga memberi pelbagai pilihan untuk memilih beratus-ratus jenis makanan serta barangan keperluan dihantar terus ke rumah kita dalam masa yang singkat.
Sebagai peniaga, anda juga boleh memanfaatkan perkhidmatan ini untuk mempromosikan perniagaan dari rumah, kedai atau restoran anda.
Di sini kami kongsikan tips berguna oleh Fazzal Azmi tentang bagaimana hasil jualan perniagaan homebased yang dimulakannya dapat ditingkatkan dari RM500 kepada RM20,000 hanya dalam masa 4 bulan sahaja! Menarik tu, kan?
Semoga tips ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada pemilik perniagaan kecil dari rumah serta peniaga lain.
Jom baca perkongsian selengkapnya di bawah.
Lelaki Kongsi Cara Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan
Salam Semua
Kali ni saya nak share macamana saya convert sales dari Rm500 ke 20k dalam masa 4 bulan. (Homebased)
BULAN PERTAMA
Bulan pertama saya dapati sales saya amat teruk di mana saya hanya dapat sales sebanyak RM500 sahaja selepas di tolak commision based Grab.
BULAN KEDUA
Jadi bulan kedua saya terpaksa tukar strategi di mana bila saya belek-belek kedai di grab saya dapati kelemahan saya ialah saya tiada review atau rating so pelanggan mungkin was was nak cuba kerana kedai baru.
So saya pun mulakan dengan melakukan promotion iaitu sebanyak 10% discount untuk semua menu2 saya (time tu ada 5 menu sahaja dan semuanya berasaskan masak lemak salai).
Dari situ saya nampak peningkatan sales yang amat ketara dan berjaya convert ke RM3000 sales selepas di tolak commision grab.
BULAN KETIGA
So bulan ketiga saya menurunkan segala promotion sales saya ke 5% diskaun untuk menu2 saya dan saya tambahkan satu menu baru nasi goreng daging salai – which is mmg tak ada vendor lain yang jual nasi goreng daging salai macam saya. Dan nasi goreng saya mmg saya buat portion yang byk + daging salai yg byk + telor mata (reason letak telor mata sebab ramai suka request free telor mata walaupun dah ada di add on untuk telor mata).
Saya pun mula la check insight untuk customer dan saya dapati saya dah ramai new customer + repeat customer. saya punya ratio new customer mesti separuh adalah repeat customer. dan bulan ke tiga saya dapat naikkan sales saya ke RM9000 selepas tolak commision grab.
BULAN KEEMPAT
Bulan keempat saya tambah lagi 2 menu iaitu daging salai berlado dan ayam goreng crispy berlado di mana yang saya nampak mostly competitor2 saya tak ada buat.
Saya letak harga RM30 dan buat promotion untuk menu ini 30% discount dan saya dapat harga yang saya nak selepas tolak commision.
Dan saya matikan promosi 5% dan 10% discount untuk semua menu2 saya ya dan bulan itu sales saya cecah 20k selepas tolak commision grab. saya juga running banner dengan meletakkan message 30% discount untuk menu terpilih.
Selepas hampir 9 bulan Alhamdulilah saya ada ramai regular yang maintain beli kedai saya. tapi sekarang saya pelbagaikan sedikit menu kerana saya dah build reputation yang baik dengan maintain rating 4.9 star dengan review hampir 600 customer.
Saya pelbagaikan menu sebab saya nak grab customer yang order ramai2 jugak incase ada yang tak nak makan lemak ada menu lain.
So sekarang sales saya Alhamdulilah boleh maintain tanpa HOTDEALS and GOODDAY boleh dapat 1.5k perday.
Baca juga: Rupanya Boleh Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk, Kejap Je Siap!
TIPS TAMBAHAN
- Jangan takut nak mulakan promosi. kena ingat kita kedai baru dan tiada nama jadi nak tarik pelanggan kita kene buat promosi.
- SOP kena ketat seperti double check order dan sebagainya
- Makanan sebelum di beri pada rider haruslah rider menyebut nombor order untuk megelakkan kesilapan main sapu order.
- Lekatkan nombor order di plastik kerana kadang2 rider ada buat delivery dari kedai lain takut tersalah order.
- Ambil review customer as positif vibes and keep improving.
- Grabs ads ni sangat padu kalau pandai guna.
kepada semua homebased anda pon boleh buat. jgn kedekut running promosi. ni saya tengok ada yang running hari ni besok dah nak sales padu2. marketing ni take times kita bukan macdonalds atau kedai2 yang viral.
Sumber asal : Fazzal Azmi via Facebook GrabFood Vendor Malaysia
Baca juga: Cara Daftar & Aktifkan BSN Online Banking. Tak Perlu Beratur Lagi!