in ,

40 Senarai Negara Yang Menerima Pelancong Malaysia

ADVERTISEMENT

Hari ini 11 Oktober merupakan hari pertama kelonggaran merentas negeri di buat. Malah, untuk ke luar negara juga dibolehkan selepas kadar vaksinasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

Bagi yang berhasrat untuk ke luar negara, selain daripada hendak ke luar negara sekarang tidak perlu melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), anda juga perlu ketahui senarai negara yang menerima pelancong Malaysia.

Malah anda perlu juga mengkaji apakah undang-undang dan SOP negara berkenaan apabila menerima pelancong luar. Namun apabila anda pulang dari luar negara, anda masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

ADVERTISEMENT

Sehingga kini terdapat lebih 40 negara yang menerima pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.

Senarai Negara Yang Menerima Pelancong Malaysia:

United Kingdom

United Kingdom meliputi negara England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan kepulauan sekitarnya.

Mulai 4 Oktober lalu, pellancong yang bukan dari negara yang disenarai ‘merah’ dan lengkap divaksin boleh memasuki UK tanpa perlu menjalani kuarantin.

Mereka dibenarkan masuk selepas disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian RT-PCR sewaktu ketibaan.

Jordan

Seperti UK, pelancong yang telah lengkap divaksin termasuk anak wajib melaksanakan ujian RT-PCR.

Bagaimanapun, perlu negatif ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

Semua pengembara ke Jordan perlu melengkapkan borang sebelum berlepas dan mendapatkan kod QR.

Maldives

Pelancong yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin, kecuali jika anda tiba dari UK.

Pengembara yang tiba dari UK dan lengkap divaksin perlu dikuarantin empat hari, sementara yang tidak divaksin perlu dikuarantin 14 hari.

Pengembara hanya perlu lampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.

Dubai (UAE)

Baca juga : Malaysia Airlines tiket promosi

Permohonan Visa Pelancong kini boleh dimohon dengan syarat lain adalah negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 sebelum berlepas.

Berikut antara negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap divaksin, bebas Covid-19 dan tidak perlu jalani kuarantin.

  • Brazil
  • Kanada
  • Mesir
  • Maldives
  • Belanda
  • Pakistan
  • Turki
  • UK
  • US
  • UAE
  • Jerman
  • Ireland
  • Finland
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Switzerland

Sumber: Awani

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Harga Tiket Promosi Penerbangan Malaysia Airlines Ke Ke Seluruh Malaysia

Waktu Operasi Pejabat Pos Malaysia & Poslaju Terkini (Oktober 2021)