Senarai Harga Tiket Promosi Penerbangan Malaysia Airlines Ke Ke Seluruh Malaysia

Bersempena dengan kebenaran merentas negeri, Malaysia Airlines menawarkan tiket promosi serendah Rm59 untuk sehala. Bukan itu sahaja, diskaun sehingga 50 peratus juga ditawarkan bagi yang mengambil pakej MHholiday.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines sendiri iaitu Kapten Izham Ismail. Beliau menyatakan kumpulan itu meraikan kelonggaran sekatan rentas negeri dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan Malaysia Airlines.

Sejak daripada perjalanan gelembung pelancongan ke Langkawi dibenarkan, Malaysia Airlines merekodkan kenaikan sebanyak lebih daripada 500 peratus tempahan.

Tawaran istimewa Malaysia Airlines itu bermula dari hanya RM59 bagi kelas ekonomi untuk sehala ke semua destinasi dalam Semenanjung Malaysia. Bagi ke Sarawak dan Sabah pula, tiket penerbangan bermula dari RM109 dan RM159.

Baca juga: Cara Dapatkan Diskaun 50 Peratus Penginapan Hotel

Tawaran istimewa ini juga merangkumi elaun bagasi kabin tujuh kilogram (kg), makanan ringan, makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.

Bagi pelanggan yang inginkan sesuatu yang lebih, anda boleh memilih tambang Economy Flex untuk menikmati faedah perjalanan premium. Antaranya termasuk penukaran tarikh tanpa had percuma, keutamaan daftar masuk, fleksibiliti Go Show, pengembalian wang secara percuma tanpa bayaran dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg.

Sementara itu, katanya cabang operasi pelancongannya, MHholidays, memberikan tawaran sehingga 50 peratus dengan Kempen Breakfree Deals pada pakej penerbangan dan hotel untuk percutian di seluruh negara bermula RM249.

Menerusi perkongsian daripada laman Pemburu Tiket Murah, berikut merupakan senarai harga tiket yang paling rendah didapati di dalam sistem Malaysia Airlines.

  • KUL – Alor Setar = RM59.70
  • KUL – Penang = RM59.70
  • KUL – Kuantan = RM59.70
  • KUL – Kuala Terengganu = RM59.70
  • KUL – Johor Bahru = RM59.70
  • KUL – Kota Bahru = RM59.70
  • KUL – Langkawi = RM59.70
  • KUL – Kota Kinabalu = RM159.34
  • KUL – Sandakan = RM159.34
  • KUL – Tawau = RM189.02
  • KUL – Kuching = RM159
  • KUL – Bintulu = RM109.52
  • KUL – Sibu = RM109.52
  • KUL – Labuan = RM159.34

Hanya tambah RM20 untuk korang dapatkan seat Economy Basic dengan bagasi daftar masuk sebanyak 20KG. Tempah terus di laman rasmi Malaysia Airlines.

Tawaran ini sah untuk tempahan bermula 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 untuk perjalanan segera sehingga 21 April 2022.

Dari segi keselamatan, Izham berkata semua anak kapalnya telah pun melengkapkan 2 dos vaksin. Malah Airlines turut diberi penarafan tujuh bintang untuk langkah-langkah kesihatan dan keselamatan COVID-19 dari AirlineRatings.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: