in

Pemandu Treler Kemalangan Ragut 10 Nyawa Direman 4 Hari

ADVERTISEMENT

SHAH ALAM, 18 DIS: Pemandu treler terbabit dalam kemalangan meragut 10 nyawa termasuk sembilan beranak di Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite, tengah malam tadi direman empat hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata lelaki berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Selasa minggu depan, lapor Berita Harian.

ADVERTISEMENT

“Hasil ujian alkohol dan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif,” katanya yang turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nahas mengakibatkan 10 mangsa berusia 10 bulan hingga 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Video awam:

Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 Maut Dalam Kemalangan 3 kereta, Sebuah Treler

bkc fasa 3

BKC Fasa 3 : Semakan Baki Bayaran Kategori Miskin & B40