Penarikan Balik Produk Russell Taylors (Air Fryer, Pressure Cooker, Oven, dll)
PENARIKAN BALIK PRODUK RUSSELL TAYLORS 2021
Dimaklumkan bahawa produk Russell Taylors telah mengeluarkan notis penarikan balik model tertentu bagi produk berikut:
- Air fryer
- Pressure cooker
- Bread maker
- Slow Juicer
- Oven toaster
- Stand mixer
- Blender
- Vaccuum cleaner
- Cake maker
Sesiapa yang ada pakai mana-mana produk jenama Russell Taylors (terutamanya Air Fryer yang dilabel ‘pressure cooker’ atas kesilapan teknikal) tu, bolehlah semak jenis model & nombor siri dalam gambar di bawah.
Penarikan Balik Produk Russell Taylors (Air Fryer, Pressure Cooker, Oven, dll)
Notis ini telah disiarkan melalui salah sebuah akhbar tempatan dan dikongsikan di media sosial hari ini.
Berikut dikongsikan mesej penuh oleh wakil jualan Russell Taylors Malaysia, Satish Raguchandran:
Selamat pagi semua, saya Satish dari Russell Taylors.
Saya nak memberi penjelasan tentang berita ini. Pada bulan lepas, SIRIM telah menghubungi kita nak meminta semua document import kita, dan telah dapat cari beberapa masalah.
Sebenarnya, perkara yang dicari tak serius, macam warehouse kita yang salah lekat label sebelum hantar ke testing, atau staff kita yang tercicir dokumen bila kita memindah office.
Sebab tu, SIRIM request untuk kita publish artikel penarikan balik product dalam suratkhabar.
Asalnya, hanya sedikit product yang terlibat dalam keadaan ni (cuma kurang dari 5%). tak ada masalah dengan produk-produk itu, cuma dokumen salah je, kerana sebab-sebab yang telah dinyata di atas.
Untuk pengetahuan semua, kita sedang mengambil tindakan untuk membaiki keadaan ini dan tengah berkerjasama dengan suruhanjaya tenanga, pihak SIRIM, dan juga customer tersayang kita yang terlibat.
Kita harap semua boleh memahami keadaan kita, dan tolong bersimpati
kita amat menghargai sokongan anda semua selama ini.
Baca juga : Lazada Adakan Sales Untuk Barangan Elektrik Sempena Techmall Day. Jom Beli!
Maklumat Lanjut & Cara Pemulangan Semula
Menurut Satish lagi, semua model produk yang terlibat boleh dipulangkan atau ditentukan sama ada ia bermasalah melalui langkah berikut:
Untuk product inquiry, sila message kita dekat Lazada atau Shopee atau email kita [email protected]. Supaya kita boleh track order number.
Dengan order number, kita boleh mencari nombor siri belian anda. Lepas tu, kita boleh confirm jika pembelian anda adalah batch yang bermasalah.
Kemungkinan besar yang tak ada masalah, sebab hanya sikit saja yang terkena.
*Sumber: Facebook