in

Janin Bayi Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas Di Stesen Minyak

ADVERTISEMENT

Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak terbabit.

“Janin itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ashari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

Sumber:

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2079723

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

janda baik banjir

[VIDEO] Banjir Terkini Di Janda Baik, Dugaan Syawal Buat Penduduk

penerbangan ditunda pampasan mavcom

Cara Tuntut Pampasan Penerbangan Ditunda & Dijadual Semula – MAVCOM